Followers

Saturday, May 14, 2016

Tahniah Hafiz Suip Bergelar Suami Nureffy Sekali Lafaz


Penyanyi lagu Awan Nano, Hafiz Suip selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada Nureffy Jasreel Abdullah pada Sabtu.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Kasdinata Fauzi kira-kira pukul 10.30 pagi tadi di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Suip, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM120 kepada Nureffy, 23 namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada 27 Februari lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Pullman Kuching.
Sumber : Mstar online

Saturday, March 26, 2016

Projector - Sudah ku tahu (LIRIK)

Assalamualaikum semua

Lama betul aku tak update post baru dekat blog aku ni. Dah bersawang. Hari ni aku nak kongsi lirik lagu dan lirik video Sudah Ku Tahu dari Projector. Aku terjebak dengan kawan aku. Best lagu kumpulan ni. Harap korang enjoy :)


Seringkali aku menduga
Seringkali ini terjadi
Segala rahsia sudah ku tahu
Rupanya aku tak dicintai

Untuk apa kau buat ku begini
Segala apa yang telah ku lakukan
Air mataku mengalir di pipi
Segala yang ku korbankan tuk dirimu

Mengapa masih lagi ku
Berdiri ku menunggu cintamu
Mengapa masih adamu
Menyakiti di siang malamku
Aku terima cintaku dipersiakan
Haaa...Haaa

Sayang
Aku kau lupa
Aku kau luka
Tanpa kau sedar

Sayang
Selamat tinggal
Aku kan pergi
Buat selamanya

Aku pasti kau bahagia tanpaku
Selamanya...

Mengapa masih lagi ku
Berdiri ku menunggu cintamu
Mengapa masih adamu
Menyakiti di siang malamku
Aku terima cintaku dipersiakan

Sayang
Aku kau lupa
Aku kau luka
Tanpa kau sedar

Sayang
Selamat tinggal
Aku kan pergi
Buat selamanya

Aku pasti kau bahagia tanpaku
Selamanya...

Sayang
Aku kau lupa
Aku kau luka
Tanpa kau sedar

Sayang
Selamat tinggal
Aku kan pergi
Buat selamanya

Aku pasti kau bahagia tanpaku
Selamanya...



Monday, October 5, 2015

Arsenal belasah Manchester United 3-0

Assalamualaikum semua

 Maaf la sebab lama tak buat entri baru. Hari ni aku rajin pula nak buat entri pasal kemenangan Arsenal ke atas Manchester United sebab aku ni peminat Arsenal.

Arsenal membelasah United 3-0  . 3 gol itu dijaring oleh Alexis (6, 19) dan Ozil (7). Tahniah untuk team favourite aku ni...hehehe


Sumber : Facebook Arsenal

Friday, June 12, 2015

Cerita Cinta Kita Ewal ft Indah Ruhailah (Syawal & Fiqa Pelamin Fantasia)




Ku pasti bahagia
Menunggu kasih kita


Dalam suka dan duka
Jeritan hati ku
Terus kekal setia


Cerita cinta kita
Yang terlakar
Yang terindah
Lebih dari sempurna


Cerita cinta kita
Yang terindah
Kisah kau dan aku
Sering memanggil mu
Disini bermula
Dalam halaman kalbu

Detik bersama mu
Cerita cinta kita
Abadi dalam istana cinta

Kisah kau dan aku
Kini jiwa terasa
Jeritan hati ku

Adanya kau menemani
Detik bersama mu
Menempuh hidup ini
Sering memanggil mu

Tiada akhirnya Yang terlakar
Abadi dalam istana cinta
Dalam halaman kalbu

Cerita cinta kita
Kisah kau dan aku
Yang terindah Ku cinta mu

Selamanya kasih
Cerita cinta kita
Yang terlakar
Dalam halaman kalbu
Detik bersama mu
Abadi di dalam istana cinta

Kisah kau dan aku
Abadi di dalam istana cinta


Sunday, May 31, 2015

Arsenal Julang Trofi Piala FA

Assalsmualaikum semua....

ARSENAL berjaya mempertahankan trofi Piala FA Inggeris selepas menewaskan Aston Villa 4-0 pada aksi final di Stadium Wembley awal pagi Ahad.
Kemenangan tersebut menjadikan Arsenal pasukan pertama yang merangkul trofi ini sebanyak 12 kali.
Aksi kejayaan skuad bimbingan Arsene Wenger itu bermula dengan jaringan Theo Walcott pada minit ke-40, lima minit sebelum tamat separuh masa pertama.
Alexis Sanchez memastikan kedudukan Arsenal lebih selamat melalui rembatan kencang dengan jarak 25 kaki pada minit ke-50 sebelum pemain pertahanan Jerman, Per Mertesacker menanduk gol ketiga sebelas minit kemudian.
Manakala Oliver Giroud menambah gol terakhir Arsenal pada minit terakhir perlawanan (90+3) untuk memastikan kemenangan bergaya berpihak kepada The Gunners.
Sumber : Mstar online

Wednesday, May 27, 2015

Pelakon Raja Farah Bercerai Talak Satu

Pelakon Raja Farah Raja Aziz, 27,  bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu bercerai dalam prosiding tertutup di mahkamah rendah syariah Wilayah Persekutuan di sini pada pagi Isnin.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.



Raja Farah yang ditemui selepas prosiding berkata, dia dan Megat bercerai secara baik tetapi dengan bersyarat yang enggan didedahkan.

"Kami  bercerai kerana sudah tiada persefahaman. Bagaimanapun saya tidak boleh memberitahu syarat-syarat yang dipersetujui bersama itu," katanya.


Monday, May 25, 2015

Humood AlKhudher - Kun Anta | ( Be yourself)

Assalamualaikum semua....
aku suka dengar lagu nih...cuba korang dengar pulak
Be yourself :) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...