Followers

Wednesday, August 17, 2011

Harga Lelong

Assalamualaikum semua....

Cesc Fabregas murah...untungkan Barcelona dapat murah je nak Cesc Fabregas. Memang Fabregas suka la kan sebab dapat main kat kelab remaja dia balik..

 Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui Barcelona mendapatkan Cesc Fabregas dengan harga yang murah kerana pemain tengah Sepanyol itu tidak mahu menyertai kelab lain.
Barca membayar 29 juta euro (RM124.4 juta) dan berkemungkinan boleh meningkat kepada 35 juta euro (RM 150.1 juta) bergantung kepada kejayaan Fabregas di Sepanyol, namun Wenger tahu dia boleh meminta harga lebih tinggi jika kelab lain mahu cuba bersaing mendapatkannya.



Real Madrid, Chelsea dan Manchester City semuanya dijangka membayar sehingga 50 juta euro (RM214.4 juta) untuk menandatangani pemain 24 tahun itu yang memulakan kariernya di akademi remaja Barca sebelum menyertai Arsenal pada 2003.

“Kami menjual Cesc dengan bayaran yang dikurangkan. Jika dia diletakkan di pasaran bagi mana-mana kelab lain, kami akan dapat lebih duit,” kata Wenger.

“Jika Cesc untuk dijual dan anda boleh lelong antara Real Madrid, Chelsea dan Man City, anda sudah tentu dapat lebih duit tetapi dia hanya mahu kembali ke Barcelona.



2 comments:

Admin said...

kesian wenger..dah jadi tak tentu arah..hehe

Izreen said...

amirul: taw xpe...dh la nasri pn dh kuar dr arsenal lg x tentu arah la wenger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...