Followers

Friday, September 23, 2011

Fabregas cipta rekod baru Barcelona

Assalamualaikum semua...










Cesc Fabregas menjaringkan gol dalam empat perlawanan Barcelona berturut-turut, satu rekod bagi pemain baru di Nou Camp.

Fabregas menyelamatkan anak buah Pep Guardiola dengan seri 2-2 di Valencia ketika juara Sepanyol mengelak kekalahan malam ituapabila Real Madrid sekadar seri 0-0 di Racing Santander.
Lionel Messi meneruskan gandingan prolifik dengan bekas kapten Arsenal apabila mencipta gerakan gol penyamaannya pada minit ke-77, kali kedua Barca bangkit selepas ketinggalan.

Seri Real menandakan kali pertama mereka memainkan perlawanan liga berturut-turut tanpa kemenangan sejak ketibaan jurulatih, Jose Mourinho.

Credit to :  Wisel

2 comments:

Unknown said...

yeahhh..
barcaaa yeahh

Izreen said...

shidi: suke barcaa yea

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...