Followers

Friday, October 7, 2011

Yoo Yong-sung jurulatih baru beregu negara





    
BUNTU tiada azimat di negara ini yang boleh mengembalikan semula aksi garang Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kini memancing jurulatih dari Korea Selatan, Yoo Yong-sung untuk membantu mereka melonjakkan kembali gigitan pasangan utama negara itu.
Lamaran untuk mendapatkan bekas pemenang dua pingat perak Sukan Olimpik itu dikatakan sudah selesai dan Majlis Sukan Negara (MSN) juga bersetuju dengan cadangan BAM yang dikemukakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) antara MSN dan BAM di Bukit Jalil semalam.

“BAM beritahu mereka mahu melantik jurulatih baru bagi membantu Kien Keat-Boon Heong dalam memburu emas Olimpik. Mereka bercadang melantik Yong-sung dari Korea dan pada dasarnya, kami bersetuju,” kata Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong, semalam.
Dikhabarkan untuk peringkat awal, BAM akan menanggung bayaran gaji Yong-sung bagi tempoh enam bulan pertama.

MSN pula akan menilai prestasi jurulatih itu dan akan mengadakan perbincangan sekali lagi dengan BAM bagi menentukan sama ada mereka perlu membantu membayar separuh daripada gaji jurulatih itu atau sebaliknya.

Sumber : Metro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...