Followers

Tuesday, December 13, 2011

Drogba pula dipancing kelab China




Selepas bintang penyerang Chelsea, Nicolas Anelka bakal menyarung jersi Shanghai Shenhua menerusi perjanjian dua tahun bermula Januari depan, kini rakan sekelabnya, Didier Drogba pula cuba dipancing pasukan dari Liga Super China.Shanghai yang menduduki tempat ke-11 dalam liga musim lalu turut dikaitkan Drogba, selain beberapa kelab lain negara itu.

Bulan lalu, Drogba menolak lanjutan setahun bagi kontraknya di Chelsea, bermakna perjanjian pemain berusia 33 tahun itu dengan Blues akan berakhir tajun depan.Sementara itu, media tempatan melaporkan bahawa kontrak lumayan bekas penyerang Arsenal dan Real Madrid, Anelka bakal melibatkan kedua-dua kerjasama iaitu bola sepak dan komersial.

Pengambilan Anelka mungkin menandakan satu perubahan dalam sukan bola sepak di China, sekali gus mengalihkan tumpuan peminat antarabangsa terhadap skandal rasuah, menjual perlawanan serta keganasan luar padang yang sebelum itu menghantui liga berkenaan.

Skuad kebangsaan China hanya melayakkan diri ke Piala Dunia sekali, ketika beraksi pada edisi 2002 yang diadakan di Korea Selatan dan Jepun. Mereka kalah dalam kesemua perlawanan kumpulan dan gagal menjaringkan sebarang gol.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...