Followers

Wednesday, December 14, 2011

Harimau Muda menang dengan Sydney FC 3-0




Skuad bola sepak Bawah 23 tahun negara memulakan kempen jelajah Australia dengan nota positif apabila melakar kemenangan 3-0 ke atas Sydney FC, semalam.

Pemain tengah, K.Gurusamy membuka jaringan pada babak pertama menerusi sepakan percuma dari luar kotak sebelum Ahmad Hazwan Bakri yang baru pulang daripada kecederaan membuktikan ketajaman di depan gawang dengan menambah dua gol pada babak kedua.
Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya terutamanya mereka yang kembali ke skuad seperti Ahmad Hazwan di samping kehadiran muka baru, Mohd. Shahrul Saad.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...