Followers

Sunday, January 1, 2012

Man U kalah dengan Blackburn


Manchester United dimalukan kelab tercorot apabila Blackburn Rovers melakar kejutan dengan kemenangan 3-2 di Old Trafford. 

Red Devils nyata merindui pengaruh Warne Rooney di tengah padang kerana kekeringan idea untuk menggegar gawang yang menyaksikan bahagian pertahanan menjadi punca utama kekalahan kali kedua mereka kepada Blackburn sepanjang pertemuan mereka dalam EPL. 

Jurulatih Blackburn, Steven Kean yang sedang berdepan tekanan penyokong sendiri antara individu yang paling lega yang menyaksikan Aiyegbeni Yakubu meledakkan dua gol sebelum Grant Hanley menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-80. 

Sebelum itu, anak buahnya Sir Alex Ferguson bangkit daripada ketinggalan dua gol menerusi Dimitar Berbatov pada separuh masa kedua. 

Dengan keputusan mengecewakan pada malam ini, tuan rumah bukan sahaja terlepas peluang untuk merampas kedudukan EPL, malah turut membuka peluang kepada Manchester City untuk kembali menjarakkan diri. 

2 comments:

aisha said...

Thanks for this post its really interesting i bookmark your blog for future stuff like this..
Chevrolet W-Series Truck AC Compressor

Izreen said...

ur welcome....
tqvm i'm appreciate it

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...