Followers

Thursday, May 17, 2012

Jurulatih Korea Letak Jawatan


Jurulatih beregu lelaki dari Korea Selatan, Yoo Yong Sung pula berbuat demikian atas alasan kecewa dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Yong Sung berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada BAM awal bulan ini semasa berlangsungnya Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia 2012 di Johor Baharu.
Saya tidak mempunyai hak dalam persatuan dan saya amat kecewa dengan itu.
Setiap hari saya hanya diberi masa 10 hingga 20 minit untuk melatih kira-kira 10 pemain sebagai teman berlatih," katanya sambil mendakwa ketua jurulatih Koo/Tan tidak membenarkannya membimbing beregu utama negara tersebut.
Yong Sung berkata keputusan meletak jawatannya tidak kena mengena dengan soal gaji.
"Saya hanya ingin berkongsi kepakaran dan pengalaman saya dengan pemain tetapi saya tidak diberi peluang berbuat demikian," katanya.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...