Followers

Friday, May 31, 2013

Bintang Bola Sepak Malaysia, Akmal Rizal Bergelar Pelakon


Bekas penyerang pasukan bola sepak kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli telah menerima tawaran untuk bergelar pelakon di bawah syarikat produksi Zeel Productions.
“Saya ditawarkan oleh pihak Zeel Production untuk melakonkan watak sebagai tenaga pengajar bola sepak. Susah juga nak berlakon, lebih lebih lagi ketika diminta membuat mimik muka”
“Tetapi ia membuatkan hati saya terbuka untuk serius di bidang ini & sedia bergelar pelakon sekiranya ditawarkan berlakon pada masa akan datang nanti,” jelas beliau yang belum bersedia untuk berlakon speenuh masa.
Akmal Rizal menambah walaupun penggambaran untuk bahagian beliau hanya mengambil dua hari namun ia cukup bermakna untuk pengalaman sebagai pelakon yang berbeza dari kerjaya di padang bola.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...