Followers

Sunday, June 2, 2013

AVB rayu Spurs tidak lepaskan Bale


Andre Villas-Boas akan cuba membuat rayuan terkini kepada Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy bagi menawarkan kontrak baharu kepada Gareth Bale.

Villas-Boas begitu terdesak untuk mengekalkan pemain bintangnya itu daripada menyertai Real Madrid.
Presiden kelab gergasi Sepanyol, Florentino Perez sekali lagi membuat kenyataan bahawa Bale dilahirkan untuk bermain dengan Real Madrid.

Empat lagi kelab, Paris Saint-Germain, Manchester United, Manchester City dan Chelsea juga berminat untuk membayar RM375 juta kepada pemain terbaik England itu.

Pemain kelahiran Wales berusia 23 tahun itu mempunyai baki kontrak selama tiga tahun bersama Tottenham dengan gaji sebanyak RM562,700 seminggu.

Sumber: Utusan 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...