Followers

Wednesday, May 27, 2015

Pelakon Raja Farah Bercerai Talak Satu

Pelakon Raja Farah Raja Aziz, 27,  bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu bercerai dalam prosiding tertutup di mahkamah rendah syariah Wilayah Persekutuan di sini pada pagi Isnin.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.



Raja Farah yang ditemui selepas prosiding berkata, dia dan Megat bercerai secara baik tetapi dengan bersyarat yang enggan didedahkan.

"Kami  bercerai kerana sudah tiada persefahaman. Bagaimanapun saya tidak boleh memberitahu syarat-syarat yang dipersetujui bersama itu," katanya.


2 comments:

Filzah Azzahra said...
This comment has been removed by the author.
Filzah Azzahra said...

Doakan jer yg terbaik utk dia.. salam blogwalking..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...