Followers

Friday, August 13, 2010

Carvalho sertai Real

Pemain pertahanan Chelsea, Ricardo Carvalho dijadualkan akan menandatangani perjanjian dua tahun bersama Real Madrid, demikian menurut kelab Sepanyol.
Juara Liga Perdana Inggeris itu mengesahkan mereka sudah bersetuju dengan jumlah bayaran yang ditetapkan untuk proses jual beli pemain warga negara Portugis yang berusia 32 tahun ini.

“Pemain itu bakal terikat dengan Real Madrid untuk dua musim seterusnya,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Real Madrid. Namun tidak menyatakan lebih lanjut berkenaan jumlah sebenar harga jualan itu, yang mana media Sepanyol melaporkan ia dijangka dalam anggaran lapan juta euros.

Carvalho akan menyertai rakan senegara, Jose Mourinho, iaitu pengurusnya ketika di Porto dan Chelsea, ketika bersama pasukan hebat Sepanyol, Real, yang pernah menjuarai Liga Juara-juara bersama Porto pada 2004 ketika di bawah kendalian Mourinho selaku jurulatih.

Dia kemudian menyertai Mourinho di Chelsea pada tahun yang sama dengan bayaran berjumlah 20 juta euros, namun dia kemudian merudum ketika di kelab west London dengan 210 jumlah penampilan keseluruhan buat Chelsea, 11 jaringan gol dan membantu pasukan memenangi tiga gelaran di Liga Perdana Inggeris, dua piala FA serta dua Piala Liga Inggeris.

Sumber: Metro, 12 Jun 2010

2 comments:

::fatihahanapi:: said...

nak folow cni..folow i lak ya....

NI said...

sy dh follow u..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...