Followers

Saturday, August 14, 2010

Mayat bayi dalam lubang kumbahan najis

 Assalamualaikum...

Tanpa perikemanusiaan serta menghormati kedatangan Ramadan, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di Bandar Bukit Bunga.
Mayat bayi malang yang dipercayai dibuang sejak seminggu lalu itu ditemui kira-kira pukul 5 petang oleh seorang murid, Mohd. Arif Ibrahim, 8, ketika sedang bermain berhampiran kawasan tersebut.
Mohd. Arif ketika ditemui hari ini berkata, bau busuk dari lubang najis itu menyebabkan dia dan tiga lagi rakannya berasa curiga lalu segera menyiasat puncanya.
“Semasa bermain kami terhidu bau busuk lalu saya pergi tengok dan nampak macam mayat bayi sebelum panggil rakan lain.
“Saya pun panggil rakan lain dan bila tengok betul-betul memang sah ia mayat bayi yang sedang tertiarap,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Sepasukan anggota polis termasuk Unit Forensik tiba di tempat itu kira-kira pukul 7 petang dan mengambil masa selama 45 minit untuk mengeluarkan mayat bayi itu sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim ketika dihubungi hari mengesahkan penemuan bayi itu.


Insaf-Insaf la...bayi tu x berdosa langsung

Sumber: Utusan Malaysia, 13 Ogos 2010

3 comments:

Admin said...

Macam2 kan :) dengan hukuman bunuh pun msh ada kes buang bayi lagi.. Kalau ikt undg2 islam(hudud) akan dhukum bunuh dkhalayak ramai.. Pd pandangan sy ,maksiat harus dbanteras,puncanya krn maksiat.. Slmt bsahur:)

miss lolly a.k.a luvfareda said...

bile akal n iman cetek, camnilah jadinya

Izreen said...

hadi: a'ah mcm2 skrg nie...kalau buat hukum bunuh pn diorg x kn takut nya sbb iman yg cetek... ibu bapa perlu pantau pergaulan ank2 mereka agar x kn jd lg perkara mcm nie...

miss lolly: tu la mcm2 blh jd skrg nie...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...