Followers

Showing posts with label Buletin. Show all posts
Showing posts with label Buletin. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

KLIA2 Dibuka Pada 2 Mei 2014

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menetapkan 2 Mei 2014 sebagai tarikh sasaran baru bagi pembukaan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). 

Tarikh itu ditetapkan selepas ia memperoleh pengesahan daripada UEMC-Bina Puri JV bahawa konsortium itu hanya boleh menyiapkan kerja yang diberikan pada 30 April 2014. 


Sumber : Berita Harian

Friday, June 7, 2013

Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh


Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira-kira 7.15 Khamis malam.
Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.
Anggota keselamatan dilihat sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti sekiranya ada kenderaan dan mangsa yang terperangkap.
Sehingga kini difahamkan sekurang-kurangnya sebuah kereta dan motosikal tertimbus di bawah runtuhan.
Pihak polis bimbang kemungkinan empat maut apabila sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih ditemui tertimbus.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri mengesahkan bahawa seorang penunggang motosikal yang sebelum ini terperangkap di bawah runtuhan berjaya dibawa keluar.
Beliau mengalami kecederaan pada kepalanya.
Sumber : Mstar Online

Saturday, June 1, 2013

'Wanita Bond' kini bergelar Tan Sri


Aktres Malaysia kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena hari keputeraan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau yang turut dikenali sebagai "wanita Bond" itu menerima anugerah itu semasa Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini.

Yeoh turut berlakon sebagai watak utama dalam filem terbarunya, 'The Lady' yang memaparkan kisah hidup pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Wednesday, May 22, 2013

Jam tawaf makin popular



Assalamualaikum semua. Selamat pagi
Korang biasa dengar tak jam tawaf? Aku first time dengar jam tawaf.  Ya, jam tawaf. Tidak seperti jam biasa yang pergerakan jarumnya ke kanan, pergerakan jarum jam tawaf adalah ke kiri.
Arah tawaf
Bumi, bulan, bintang dan matahari beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah.
Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf.
Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam.
Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit.
Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi di :
http://hijraselangor.blogspot.com/

Sumber : Kosmo Online

Monday, January 9, 2012

Keputusan MUET Akhir Tahun 2011 Khamis ini




Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2011 akan dikeluarkan Khamis ini (12 Januari), demikian menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini.Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh berkenaan manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos. 

"Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan menghantarkannya ke 15888, mulai jam 12.01 tengah malam 12 Januari ini dan melalui 'online' dengan melayari portal MPM, www.mpm.edu.my mulai 9 pagi tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Wednesday, December 28, 2011

Perkhidmatan Komuter lebih selesa mulai 2012







Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka menyediakan perkhidmatan komuter lebih baik dan selesa bagi pengguna di Lembah Klang apabila empat daripada 38 set tren enam gerabak (SCS) mula beroperasi Februari depan.


KTMB tidak berupaya untuk memendekkan waktu kekerapan perkhidmatan komuter kerana tidak mempunyai bilangan set tren yang mencukupi bagi menampung penggunaan.


KTMB akan meningkatkan keberkesanan operasi komuter dengan memendekkan waktu kekerapan perkhidmatan apabila mempunyai bilangan set tren yang mencukupi dengan ketibaan SCS tahun depan iaitu kekerapan perkhidmatan daripada 30 minit kepada hanya 15 minit pada waktu puncak.

Monday, December 19, 2011

SEGMEN >> SAYA KOMEN BLOG ANDA





Farhanah adzlan blog awak sangat menarik dan simple..
blog yang x crowded..saya join awk...

Friday, December 16, 2011

Seluar Jeans Boleh bersih sendiri tanpa dibasuh!!





Ahli sains telah menciptakapas atau kain yang boleh bersih dengan sendiri.


Kain tersebut disalut dengan lapisan khas titaniumdioksida. Apabila terdedah kepada cahaya matahari, 
tindakbalas akan berlaku dan menanggalkan kekotoran yang terdapat pada kain tersebut.

Kompaun ini telah digunakan dalam pelbagaiproduk, termasuk sendiri pembersihan tingkap,dapur dan jubin bilik mandi.



Sumber : kapur hijau

Lapisan tersebut juga kekal kukuh selepaspencucian dan pengeringan, menurut penyelidik, dari Shanghai Jiao Tong Universiti di China, ia berkesan walaupun telah dicuci berkali-kali.

Tuesday, December 13, 2011

Tuanku Abdul Halim lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14







Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu”azam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.
Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957.
Istiadat hari ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 November lepas.

Friday, November 25, 2011

Senarai 65 Universiti Terbaik Di Malaysia 2011



Berikut merupakan senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.
  1. Universiti Sains Malaysia (Rank dunia: 629)
  2. Universiti Teknologi Malaysia (Rank dunia: 694)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (Rank dunia: 731)
  4. Universiti Putra Malaysia (Rank dunia: 771)
  5. University of Malaya (Rank dunia: 788)
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University

Thursday, October 20, 2011

Kenapa Takde Orang Tolong Budak Kena Langgar Kat China??

Ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini. Sejak kelmarin, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya tiada seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tahu sahaja. Video tu tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni. Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

xde belas kasihan langsung...nak nangis bila tgk kt berita..

Sumber sayatulisblog

Saturday, October 15, 2011

Sultan Kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14








Assalamualaikum semua...

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis 
Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara di sini hari ini.

Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember depan untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan, Sultan 
Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan 
Pejabat Perdana Menteri.

Friday, September 30, 2011

Empire Gallery Meletup

 



   

Letupan kuat dari saluran gas memasak yang disangka bom di pusat beli-belah Empire Gallery, di sini awal pagi ini menggemparkan penghuni pangsapuri studio dan hotel di kompleks bangunan itu.
Kesan letupan dalam kejadian pukul 3.45 pagi itu menyebabkan enam tingkat bangunan tersebut rosak teruk, tiga buah kereta terseret beberapa meter manakala cermin di bangunan berdekatan pecah.


Kerosakan paling teruk dikesan berlaku di tingkat bawah yang menempatkan restoran dan premis perniagaan. Sepasang kekasih yang sedang berjalan berdekatan restoran itu turut tercampak beberapa meter.
Pemeriksaan pihak berkuasa mengesahkan ia berpunca daripada paip gas memasak yang meletup di sebuah restoran.

Sumber : Utusan Malaysia

Sunday, August 21, 2011

Gmail berwajah baru

Assalamualaikum semua...

Gmail berwajah baru sekarang nie.
Tiada yang menarik, cumanya ia nampak lebih 'simple' dan agak kemas.

Setakat ini Gmail masih belum berubah sepenuhnya. Namun, kita mempunyai pilihan untuk menukar layout lama menjadi layout yang baru ini dengan klik di bahagian Coming Soon: A New Sign-in Page! Preview it.

Sumber : lallakom

Friday, July 22, 2011

Angkasawan Negara dapat baby perempuan

 Assalamualaikum semua...

Dr Halina selamat bersalin anak perempuan seberat 3.6 kg. Tarikh yang dinanti hari tu ialah 17hb Julai, tapi tunggu punya tunggu akhirnya Dr halina selamat bersalin.

Nampaknya angkasawan negara kita dapat baby dalam bulan yg sama dengan bulan kelahiran beliau jugak iaitu bulan Julai.




Tahniah pada Dr  Sheikh Muszaphar dan isterinya. Mesti comel kan baby dia orang.


Credit to Nurizspace.com



.

Tuesday, August 24, 2010

Kedutaan kita dilontar najis

 Tunjuk perasaan membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini kecoh.
Tunjuk perasaan yang disertai oleh anggota daripada Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) itu bermula dengan orang ramai membawa sepanduk mengecam Malaysia kerana menangkap anggota penguat kuasa negara berkenaan yang sedang menahan nelayan Malaysia yang menceroboh perairan Indonesia dekat Pulau Bintan.
Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila penunjuk perasaan membawa lima bungkus najis manusia dan mahu dilempar ke dalam Kedutaan Malaysia.
Para penunjuk perasaan sempat memijak bendera Malaysia dan melepar sebungkus najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia dan ke atas Jalur Gemilang yang dibentang di atas tanah, apabila polis berpakaian biasa menangkap tiga penunjuk perasaan terbabit.

Label: Utusan Malaysia, 24 Ogos 2010




Sunday, August 22, 2010

Dimana Semangat Kemerdekaan Kita Semua?

Assalamualaikum


Bulan Ogos merupakan hari kemerdekaan untuk negara kita yg ke 53 tahun.Tinggal 10 hari jer lagi nk merdeka tetapi macam hambar jer tahun nie..kenapa ek? adakah sbb kita sama2 sambut bulan ramadhan? adakah kita semua dh x nk sambut merdeka? Lagu2 merdeka pn dh x dgr kt corong2 radio..knapa jd mcm nie? Bendera2 pn x byk dikibarkan sama ada di bangunan2, kereta dll..Pelik kan..


Fikir-fikirkan!!

Sunday, August 15, 2010

Lagi Kes Buang bayi: Mayat bayi perempuan ditemui di tepi sungai

Assalamualaikum...


Mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan dalam beg di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara, di sini, hari ini. 

Mayat bayi yang berbungkus plastik dan kain itu ditemui sekumpulan lelaki yang sedang menjala ikan di sungai berkenaan, berhadapan Kolej Segi, kira-kira jam 11.30 pagi.


bayi itu dipercayai baru dilahirkan dan ditinggalkan di tebing sungai terbabit beberapa jam sebelum ditemui.




Sumber:  Berita Harian, 15 Ogos 2010

Inikah Balasannya

Assalamualaikum...

Ribut di bazar ramadhan Jasin mungkin disebabkn perbuatan manusia yg tidak beri kemanusiaan ini. Yang dekat dgn kita skrg adalah kes pembuangan bayi yg semakin berleluasa dan mcm x blh dibendung lg. Tiap2 ari ada saja bayi yg dibuang sana sini mcm sampah jer diorg buat kt bayi tu..Adakah ini satu petanda peringatan terhadap manusia yg melakukannya dengan berlakunya ribut di bazar ramadhan jasin.. Mungkin Allah nk peringatan pada kita semua jgn melakukan perkara yg kejam ini. Renung2kn!!


Reaksi berbeza terhadap hukuman berat kes buang bayi


Cadangan kerajaan mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah kes buang bayi bagi mengekang gejala tersebut, mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip, berkata hukuman itu berupaya mendidik masyarakat, khususnya remaja, agar tidak mudah terjebak dengan gejala sosial yang boleh menyebabkan mereka terlanjur, sekaligus menjurus kepada kes pembuangan bayi.


Ada dua jenis jenayah iaitu satu, memang niat membunuh, dan satu lagi, niat cubaan membunuh, dan walaupun ia sekadar cubaan membunuh, perbuatan tersebut sudah dikira membunuh. 

"Sebagai contoh, walaupun dia tidak ada niat untuk membunuh, tetapi bila dia buang bayi itu di satu tempat dan tiada orang jumpa, mungkin bayi tersebut akan mati dan ini sudah kira 'bunuh', jadi saya rasa amat wajar hukuman ini dilaksanakan," katanya. 

Beliau mengulas keputusan kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan bunuh atau bunuh yang membawa hukuman gantung. 

Kelmarin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian buang bayi masih berleluasa, walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk menanganinya. 
Turut menyuarakan pandangan sama ialah Timbalan Presiden Majlis Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Muhamad Burok, yang berpendapat hukuman itu dapat mengurangkan kes pembuangan bayi, namun perlu dilaksanakan dengan berhati-hati. 

"Apabila hukuman ini dilaksanakan, yang pertama, kita kena berhati-hati kerana kita tahu ia berat...jadi bila kes berat, beban pembuktianpun berat dan mesti ada siasatan serta bukti yang secukupnya. 

"Contohnya, kita kena pastikan sama ada individu itu buang bayi atau mayat, kerana selalunya kes adalah mereka yang lepas lahirkan bayi, ia mati...dan tidak tahu hendak buat apa, (jadi) mereka buangkan mayat itu...dan kalau begini, individu itu tidak boleh dikenakan hukuman mati," katanya. 

Bagaimanapun, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berpendapat hukuman itu perlu diperhalusi sebelum dilaksanakan. 

Katanya, hukuman mati bukanlah jaminan yang dapat mengurangkan atau mengekang situasi negatif itu daripada terus merebak. 

"Saya menyambut baik keputusan Kabinet mengenai hukuman berat ini, namun saya tidak nampak hukuman ini dapat menghapuskan kejadian pembuangan bayi kerana hukuman bagi penjenayah dadahpun berat juga, tapi orang tetap masih banyak terbabit dengan benda haram itu," katanya. 

Beliau berkata, adalah lebih baik jika langkah pencegahan dan hukuman dilakukan seiring kerana tindakan awal berupaya mengelak remaja daripada terbabit dengan gejala tersebut. 

Katanya, beberapa tindakan awal seperti penapisan kandungan Internet, pemantauan berterusan di rumah urut serta pengawalan penjualan kondom di kawasan terbuka perlu diberi perhatian serius kerana ia mampu menyumbang kepada aktiviti seks bebas. 

"Mungkin tidak hapuskan semua...tetapi mungkin akan dapat membendung senario ini daripada terus berleluasa," katanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...