Followers

Saturday, June 1, 2013

'Wanita Bond' kini bergelar Tan Sri


Aktres Malaysia kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena hari keputeraan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau yang turut dikenali sebagai "wanita Bond" itu menerima anugerah itu semasa Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini.

Yeoh turut berlakon sebagai watak utama dalam filem terbarunya, 'The Lady' yang memaparkan kisah hidup pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...