Followers

Tuesday, December 7, 2010

Nama Yasmin terus harum

WALAUPUN Allahyarham Yasmin Ahmad sudah lebih setahun meninggalkan kita,
 namun hasil karyanya terus dihargai.

Terbaru, filem terakhir arahannya Muallaf sekali lagi mengharumkan nama negara
apabila memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-54,
sekali gus memastikan delegasi mewakili negara tidak pulang dengan tangan kosong.

Selain Muallaf, filem tempatan lain yang turut dihantar untuk dipertandingkan di festival
 filem bertaraf antarabangsa itu adalah Magika yang memenangi anugerah Filem Terbaik di
Festival Filem Malaysia ke-23, Lagenda Budak Setan, Pisau Cukur dan Cinta Ais Kacang.

Sebelum itu, filem Muallaf tidak dipertandingkan di Festival Filem Malaysia ke-23 kerana dialog digunakan tidak memenuhi syarat iaitu 50 hingga 70 peratus filem tempatan dihasilkan harus menggunakan bahasa Melayu.













Label : Harian Metro, 6/12/2010

4 comments:

Muka Haluih (MH) said...

al-Fatihah.. Moga rohnya dicucuri rahmat. Saya bangga ada pengarah mcm dia!

shaffique said...

suka dengan filem2x dia. lain drpd yang lain. ;)


My latest entry : 10 Poster WTF Yang Awesome

Izreen said...
This comment has been removed by the author.
Izreen said...

MH: al-fatihah...moga roh nya dicucuri rahmat..filem dia lain drpd yg lain..

shaffique: a'ah filem dia lain drpd yg lain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...