Followers

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Friday, December 12, 2014

Najwa Selamat Bertunang Dengan Idris






 
 


Najwa Mahiaddin, seorang penyanyi serta anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun selamat bertunang dengan Idris Koh Keng Hui malam semalam. Idris merupakan salah seorang daripada ahli muzik yang mengiringi Najwa dalam setiap persembahannya. Malis pertunangan telah dilangsungkan di kediaman rasmi keluarga Najwa di Sri Satria, Putrajaya.

Apa apa pun tahniah untuk Najwa dan Idris. Semoga semua berjalan dengan lancar

Sumber: Beautiful Nara

Sunday, December 7, 2014

Senarai Pemenang AIM 21





 

  
Assalamualaikum semua....malam tadi berlangsungnya Anugerah Industri Muzik (AIM) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ia disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135).

Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21) menyaksikan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menggondol tiga anugerah termasuk Album Terbaik.

Berikut adalah senarai pemenang penuh  AIM 21

Album Terbaik : Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza

Lagu Terbaik :  No More - SonaOne

Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu : Akim Ahmad - Mewangi

Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu: Datuk Siti Nurhaliza - Lebih Indah

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara: Salahkan - Hafiz Suip & Datuk Rossa

Video Muzik Terbaik: Yuna - Yuna & Zul Luey

Vokal Terbaik Berkumpulan Dalam Lagu: Azhael - Hujung Waktu

Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu: Selamanya Bahagia -Nora Feat Mosyi, Alif & Putri

Lagu Pop Terbaik: Alyah - Sesal Separuh Nyawa

Lagu Hip Hop Terbaik: Joe Flizzow feat SonaOne - Apa Khabar

Lagu Rock Terbaik: Bunkface feat Amy Search - Rentak Laguku

Artis Baru Terbaik: Poova

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: SonaOne - No More

Lagu Nasyid Terbaik: Rindu Allah Sayang Allah - Iwan Syahman & Iwan Junior

Lagu Pop Etnik Terbaik: Ihab Ismail - Akar Kita Zapin

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu: Mahligai Kayangan - Salamiah Hassan ( Aubrey Suwito)

Rakaman Album Terbaik: Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia - Datuk Siti Nurhaliza

Kulit Album Terbaik:  Stacy (Wan Izhar)





Sunday, November 2, 2014

Senarai Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke 26

Assalamualaikum semua...


Filem KIL arahan Nik Amir Mustapha diangkat sebagai filem terbaik Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) yang diadakan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, di sini, malam Sabtu.


 Senarai pemenang Anugerah Perdana FFM26:

Filem Terbaik
: KIL

Filem Bukan Melayu Terbaik: Paper Moon (Double Vision/Astro Shaw/Passion Entertainment)

Pengarah Filem Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)

Cerita Asal Terbaik: Mamat Khalid (Rock Oo)

Lakon Layar Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)

Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz (Penanggal)
Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof/ Hisham Jupri (KL Gangster 2)
Filem Box Office: Husin Mon & Jin Pakai Toncit

Pelakon Lelaki Terbaik: Rusdi Ramli (Tanda Putera)

Pelakon Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Datuk Rosyam Nor (KL Gangster 2)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Umie Aida (Sembunyi : Amukan Azazil)

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik: Zul Ariffin (Penanggal)

Pelakon Harapan Wanita Terbaik: Cristina Suzanne (KIL)
Anugerah Kesan Khas Terbaik: Tanda Putera ( Pesona Pictures)
Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Wanita: Datuk Rosnani Jamil

Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki: Datuk Rahim Razali
Anugerah Khas Juri : Tanda Putera

Tahniah!! Cik Ta Dapat Bayi Perempuan

Assalamualaikum semua....

Tahniah Cik Ta dan Zain Saidin kerana Cik Ta selamat bersalin bayi perempuan di Pusat Perubatan Ampang Puteri  kira-kira pukul 2.18 petang. Comel pulak tu anak Cik Ta...Geram tengok...putih gebuzzz....apa apa pun tahniah untuk Cik Ta dan Zain Saidin..

 Gambar bayi perempuan Cik Ta :




Sumber : Mstar, Beautiful Nara



Friday, August 15, 2014

TAHNIAH!! Diana Amir Hamil 3 Bulan

Assalamualaikum semua...

Sihat ker semua? Lama betul aku tak update blog....tiba-tiba rasa macam nak update blog pulak.

Kita ke tajuk asal..apa apa pun tahniah pada Diana Amir dan suami dengan berita kehamilan 3 bulan Diana.
Sudah pasti ramai yang tak sabar menanti kehadiran cahaya mata Diana Amir dan suami. Semoga Diana banyakkan berehat dan tidak melakukan kerja yang berat.



Sumber : Beautiful Nara


Monday, April 28, 2014

TAHNIAH Fizz Fairuz Dan Almy Nadia

Assalamualaikum semua

Tahniah diucapkan pada Fizz dan Almy kerana selamat bernikah pada (26 April Sabtu) kira-kira jam 6 petang di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang. Hanya dengan sekali lafaz, Fizz turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM1001 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada Almy Nadia. Semoga bahagia hingga akhir hayat dan  dikurniakan cahaya mata yang ramai. Gambar perkahwinan Fizz dan Almy.... 







Sumber : BeautifulNara

Tuesday, July 2, 2013

Diana & Farid Dapat Anak Lelaki

Tahniah pada Farid kerana isterinya Diana selamat melahirkan anak lelaki di Australia. Bayi tersebut lahir kira kira pukul 4.30 waktu Malaysia. 


Najwa Latif duta Unitar


DIA bukan sahaja berjaya dalam karier nyanyiannya, malah penyanyi remaja, Najwa Latif turut cemerlang dalam bidang pengajiannya dan tidak hairanlah dia dilantik sebagai duta Universiti Antarabangsa Unitar.

Menurut Najwa, pelantikan itu secara tidak langsung membolehkannya menerima tajaan biasiswa penuh daripada institusi tersebut untuk melanjutkan pengajian peringkat asasi dalam bidang Pengurusan selama setahun.

"Alhamdulillah, saya anggap ianya sebagai satu rezeki. Tapi pada masa yang sama saya harus memikul tanggungjawab yang besar untuk membantu pihak Unitar mempromosikan bidang pendidikannya.

"Di atas kepercayaan yang diberikan, saya akan pastikan tanggungjawab ini dapat saya laksanakan dengan baik," katanya yang merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Thursday, June 20, 2013

Tahniah Zahiril & Shera Ayob Dapat Anak Lelaki


PASANGAN selebriti, Zahiril Adzim dan Shera Ayob selamat menimang anak pertama mereka, petang semalam.

Zahiril berkongsi berita gembira tentang kelahiran anak lelakinya itu di laman mikro Twitter.

“Syukur ya ALLAH. Alhamdulillah. Welcome to the world my boy. God job mummy, Shera Ayob. You did very well. I’m the happiest daddy in the world (Selamat datang ke dunia anak lelakiku. Kerja yang baik Mummy, Shera Ayob.
Awak buat dengan baik sekali. Saya ayah yang paling gembira di dunia),” tulisnya.

Pierre Andre & Nurhidayah bernikah 23 Jun Ini


Pierre Andre & Nurhidayah, pasangan ini bakal bernikah pada hujung minggu ini iaitu 23 Jun 2013 sekitar 1.00 petang di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati Selayang.
Pierre Andre dan Nurhidayah sebelum ini telah bertunang pada 9 Februari 2013 yang lalu di Johor.

Friday, June 14, 2013

Sarah buat Zahid lebih teratur




BEKAS juara Akademi Fantasia 2 (AF2), Zahid, 33, yang juga penyampai radio ERA fm, menganggap isterinya, Sarah Julifa Isa, 25, telah menjadikan kehidupannya seharian menjadi lebih teratur.

Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, berkata demikian sejurus bergelar suami kepada Sarah apabila dia diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

“Saya seorang yang simple. Kehadiran Sarah telah banyak mengubah hidup saya, misalnya saya lebih berdisiplin terutama dalam soal pengurusan masa dan duit," komennya ringkas. Zahid AF dan Sarah selamat diijabkabulkan oleh jurunikah, Jaafar bin Haji Puteh di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan, Perak sekitar pukul 3 petang baru-baru ini.

Selepas itu, pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi mereka akan diadakan di Teluk Intan, Perak pada 15 Jun ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Sunday, June 9, 2013

Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia


Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.
Anak Allahyarhamah, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.
"Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, Ahad.
Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar kira-kira pukul 11 pagi Isnin.
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan solihin. Amiin. AlFatihah

Friday, June 7, 2013

Beego-Linda Hashim Sah Bergelar Suami Isteri


Hanya dengan sekali lafaz, pasangan pelakon Beego dan Linda Hashim selamat diijabkabulkan di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju, selepas solat Isyak sebentar tadi sekitar jam 9.25 malam.

Pihak perempuan telah menerima 7 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, sepasang kasut, seutas jam, sebentuk cincin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan.

Manakala, pihak lelaki pula menerima 9 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, seutas jam tangan, sepasang baju berjenama Polo, sepasang kasut, sepasang kaca mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan dan set penjagaan diri.


Amar Asyraf Bernikah Esok


Assalamualaikum semua...

Akhirnya pelakon kacak Amar Asyraf akan bernikah esok bersama tunangnya setelah mengikat tali pertunangan sejak Aidilfitri lalu. Beliau telah mengumumkan berita pernikahannya di laman sosial Twitter miliknya.

Semoga majlis pernikahan Amar Asyraf dan pasangan berjalan dengan lancar.


Wednesday, June 5, 2013

Farid Kamil patah bahu


PELAKON filem, Farid Kamil dilaporkan mengalami patah bahu ekoran jatuh dari motosikal, Sabtu lalu.

Kini, Farid sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Pelakon berusia 32 tahun itu dikatakan jatuh dari motosikal yang ditunggangnya di sebuah litar di Subang Jaya

Tuesday, June 4, 2013

Pelawak S. Shamsudin Meninggal Dunia


ALFATIHAH - S SHAMSUDDIN seniman terkenal era 'Bujang Lapok' meninggal dunia di Hospital Alexendra pukul 10.56 pagi ini akibat sakit tua dan paru- paru berair.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan solihin. Amiin. Al-Fatihah

Monday, June 3, 2013

Izzue Islam Tidak Sabar Untuk Bergelar Bapa


Perkahwinan Izzue Islam hujung minggu lalu memang mendapat perhatian meluas peminat dunia hiburan. Dari pengumuman yang tidak di’sangka sehingga kisah cinta lima tahun yang di’sorok cemerlang.
Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Awin Nurin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz sekitar 9.45 pagi pada Ahad lalu di Dewan Shah Alam.
Bercakap kepada mStar Online, anggota kumpulan Forteen ini mahu segera menimang cahayamata sebagai penyeri rumahtangga dan sudah bersedia untuk bergelar bapa pada usia 23 tahun.
“Jika rezeki diberi awal memang saya mahu segera mempunyai anak dan sudah bersedia untuk bergelar seorang bapa tambahan pula anak itu nanti akan memberi berkat dan menyerikan rumah tangga kami”
Izzue Islam menambah walaupun usianya masih muda, beliau yakin akan mampu menjadi bapa yang baik & kehadiran anak dalam hubungan yang di’bina mampu mematangkan beliau sebagai seorang lelaki.





Sumber : Rotikaya



Zahid kahwin 8 Jun



Nampaknya penyampai radio Era, Zahid atau Zahid Baharuddin, 32, akan menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan yang dikenalinya sejak setahun lalu, pada Jun ini.

Menerusi laman portal, Zahid menceritakan bahawa tidak menyangka jodohnya bersama Sarah Julifa, 25, kekal apatah lagi mereka hanya berkenalan melalui Twitter.

Menurutnya, majlis pernikahan dan resepsi akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Teluk Intan, Perak pada 8 Jun.

"Majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan pada 15 Jun," kata Zahid.

Katanya, antara faktor Julia berjaya menawan hatinya adalah seorang yang memahami dan bijak menyesuaikan diri.


Sumber : Sinar Harian

Sunday, June 2, 2013

Izzue Islam Selamat Menjadi Suami Awin





Anggota kumpulan Forteen, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24 atau Izzue Islam telah selamat dinikahkan dengan pasangannya Nurinafilah Waharudin, 28 di Dewan N'dah Shah Alam di sini pada jam 9.45 pagi tadi.
Dengan hanya sekali lafaz, Izzue telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit dengan maskahwin berjumlah 11 dinar.

Izzue telah memberikan wang hantaran bernilai RM 11,11111 dan menyerahkan 7 dulang hantaran kepada isterinya itu, seterusnya di balas dengan 8 dulang hantaran daripada pihak perempuan.
Cukup simbolik kerana tarikh pernikahan diambil sempena tarikh hari lahir Izzue yang ke 24 pada hari ini.

Mereka telah dipertemukan pada tanggal 11 November 2008 ketika pelakon 29 Februari itu bekerja di sebuah kedai makan bersebelahan tempatnya bekerja.

Pasangan berkenaan telah mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup pada 1 Jun tahun lalu yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

Comel Anak Tomok









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...