Followers

Friday, June 14, 2013

Sarah buat Zahid lebih teratur




BEKAS juara Akademi Fantasia 2 (AF2), Zahid, 33, yang juga penyampai radio ERA fm, menganggap isterinya, Sarah Julifa Isa, 25, telah menjadikan kehidupannya seharian menjadi lebih teratur.

Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, berkata demikian sejurus bergelar suami kepada Sarah apabila dia diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

“Saya seorang yang simple. Kehadiran Sarah telah banyak mengubah hidup saya, misalnya saya lebih berdisiplin terutama dalam soal pengurusan masa dan duit," komennya ringkas. Zahid AF dan Sarah selamat diijabkabulkan oleh jurunikah, Jaafar bin Haji Puteh di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan, Perak sekitar pukul 3 petang baru-baru ini.

Selepas itu, pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi mereka akan diadakan di Teluk Intan, Perak pada 15 Jun ini.

Sumber : Utusan Malaysia

1 comment:

KUFAZ said...

wow.. tak sangka.. tup tup, dah berumah tangga dah zahid ni.. alhamdulillah.... semoga bahagia ke anak cucu....


http://thekufazukeshow.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...