Followers

Sunday, June 9, 2013

Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia


Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.
Anak Allahyarhamah, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.
"Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, Ahad.
Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar kira-kira pukul 11 pagi Isnin.
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan solihin. Amiin. AlFatihah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...