Followers

Sunday, June 2, 2013

Izzue Islam Selamat Menjadi Suami Awin





Anggota kumpulan Forteen, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24 atau Izzue Islam telah selamat dinikahkan dengan pasangannya Nurinafilah Waharudin, 28 di Dewan N'dah Shah Alam di sini pada jam 9.45 pagi tadi.
Dengan hanya sekali lafaz, Izzue telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit dengan maskahwin berjumlah 11 dinar.

Izzue telah memberikan wang hantaran bernilai RM 11,11111 dan menyerahkan 7 dulang hantaran kepada isterinya itu, seterusnya di balas dengan 8 dulang hantaran daripada pihak perempuan.
Cukup simbolik kerana tarikh pernikahan diambil sempena tarikh hari lahir Izzue yang ke 24 pada hari ini.

Mereka telah dipertemukan pada tanggal 11 November 2008 ketika pelakon 29 Februari itu bekerja di sebuah kedai makan bersebelahan tempatnya bekerja.

Pasangan berkenaan telah mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup pada 1 Jun tahun lalu yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...