Followers

Monday, June 3, 2013

Zahid kahwin 8 Jun



Nampaknya penyampai radio Era, Zahid atau Zahid Baharuddin, 32, akan menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan yang dikenalinya sejak setahun lalu, pada Jun ini.

Menerusi laman portal, Zahid menceritakan bahawa tidak menyangka jodohnya bersama Sarah Julifa, 25, kekal apatah lagi mereka hanya berkenalan melalui Twitter.

Menurutnya, majlis pernikahan dan resepsi akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Teluk Intan, Perak pada 8 Jun.

"Majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan pada 15 Jun," kata Zahid.

Katanya, antara faktor Julia berjaya menawan hatinya adalah seorang yang memahami dan bijak menyesuaikan diri.


Sumber : Sinar Harian

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...