Followers

Monday, June 3, 2013

Izzue Islam Tidak Sabar Untuk Bergelar Bapa


Perkahwinan Izzue Islam hujung minggu lalu memang mendapat perhatian meluas peminat dunia hiburan. Dari pengumuman yang tidak di’sangka sehingga kisah cinta lima tahun yang di’sorok cemerlang.
Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Awin Nurin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz sekitar 9.45 pagi pada Ahad lalu di Dewan Shah Alam.
Bercakap kepada mStar Online, anggota kumpulan Forteen ini mahu segera menimang cahayamata sebagai penyeri rumahtangga dan sudah bersedia untuk bergelar bapa pada usia 23 tahun.
“Jika rezeki diberi awal memang saya mahu segera mempunyai anak dan sudah bersedia untuk bergelar seorang bapa tambahan pula anak itu nanti akan memberi berkat dan menyerikan rumah tangga kami”
Izzue Islam menambah walaupun usianya masih muda, beliau yakin akan mampu menjadi bapa yang baik & kehadiran anak dalam hubungan yang di’bina mampu mematangkan beliau sebagai seorang lelaki.





Sumber : Rotikaya



2 comments:

Berita Kaki said...

kalau boleh, jangan copy paste bulat2 yg rotikaya ..ye ? itu prinsip blogger .. olahan sendiri .. baru puas .. nanti google hukum blog kita terus tak boleh bukak sebab copy paste entri org .. :)

Izreen said...

okey...terima kasih yea
nanti saya buat olahan sendiri...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...