Followers

Friday, June 24, 2011

Benam Lebanon 2-1

Salam semua...

TAHNIAH pada pasukan MALAYSIA kerana melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Lebanon 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi meskipun terpaksa beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir.

Jaringan Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada separuh masa pertama sudah cukup untuk mengesahkan laluan Malaysia ke pusingan seterusnya meskipun Chadi Atie berjaya mengubah kedudukan kepada 2-1 pada separuh masa kedua.

Aksi skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mendapat sokongan padu daripada 10,000 peminat tempatan.
Malaysia mara dengan agregat 2-1 setelah mencatat keputusan seri 0-0 pada aksi pertama di Beirut pada Ahad lalu.

Dengan kejayaan itu, Malaysia kini berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi merebut tiga slot automatik dan satu slot playoff ke Sukan Olimpik 2012 di London.


Kosmo, 24/6/2011
                                       

2 comments:

oktant said...

Sy tak dpt tengok "game" mlm tadi. Walauapapun, tahniah buat Harimau Malaya. :D

NI said...

sy pn x dpt tgk jugak...sy tgk dlm utube jer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...