Followers

Thursday, June 23, 2011

Aishwarya Rai ada isi...

Berita gembira itu didedahkan bapa mentuanya dan juga bintang veteran, Amitabh Bachchan dalam laman twitter, kelmarin.
“Berita! Berita! Berita! Tak lama lagi saya bergelar datuk...Aishwarya mengandung...saya sangat gembira dan teruja!!,” 

Amitabh kemudian berkata dia terharu dengan maklum balas pengikut dalam laman Twitter miliknya dan menerima 2,843 ‘tweets’ ucapan tahniah dalam setengah jam.

Menulis dalam laman blognya bigb.bigadda.com, dia berkata: “Kegembiraan dan kebahagiaan berada di sekeliling kami,” ujarnya, namun tiada maklumat mengenai tarikh bayi berkenaan dijangka dilahirkan.

Keluarga Bachchan iaitu Amitabh, isterinya, Jaya, Aishwarya dan Abhishek adalah ‘keluarga Bollywood’ pertama dan mempunyai pengikut fanatik di India serta seluruh dunia.

 Harian Metro, 23/6/2011


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...