Followers

Tuesday, July 19, 2011

'Hubungan kami serius'

Assalamualaikum semua...

KEINTIMAN hubungan pelakon Zul Ariffin dengan Abby Abadi bukan lagi suatu rahsia. Sejak awal perkenalan, pasangan ini bersikap cukup profesional tanpa pernah menyembunyikan keakraban mereka.
Namun entah dari mana, tiba-tiba timbul cerita kononnya hubungan jejaka bertubuh sasa itu dengan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata terbabit dikatakan semakin renggang.
Zulkifli Ariffin, nama sebenar jejaka berasal dari Taiping, Perak ini juga dikatakan enggan namanya dikaitkan lagi dengan Abby. Kononnya tidak mahu lagi menumpang populariti wanita itu kerana mahu mencipta identiti sendiri.

Bagaimanapun, pertemuan dengan Zul pada majlis memperkenalkan program Ramadan Astro, baru-baru ini memberi peluang kepada penulis untuk bertanyakan sendiri kepada pelakon siri Gerak Khas itu kesahihan khabar angin berkenaan.

Dengan wajah terkejut, pemuda berusia 25 tahun ini dengan serius menegaskan, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Lagipun selama ini memang menumpang nama Abby, jadi tiada sebab kenapa dia perlu menggugurkan nama wanita itu daripada hidupnya.

“Nama saya sudah dikaitkan dengan Abby sejak dulu lagi. Kami dikaitkan atas sebab kerja, jadi saya rasa tiada sebab kenapa saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan dia. Khabar angin mengatakan hubungan kami tidak lagi baik juga tidak benar. Saya dan Abby masih lagi baik sebagaimana kami kenal sejak tiga tahun dulu. Semua dakwaan mengatakan saya rimas dengan sikap Abby adalah khabar angin semata-mata.
“Sudah tiga tahun kami berkawan, saya tidak malu untuk mengakui hubungan kami memang serius. Cuma mungkin belum waktunya untuk kami mengambil langkah seterusnya dalam perhubungan kami.

“Memang kami pernah berbincang, tetapi bukanlah perbincangan yang serius.
Kalau boleh kami tidak mahu terlalu memperkatakan hal sebegini. Bukan apa, jika terlalu diperkatakan dan rancangan itu tidak menjadi, kami juga yang akan ternganga. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik soal kahwin itu tidak perlu terlalu dibincangkan,” kata Zul yang bakal muncul dalam drama bersiri Moreh di Astro Oasis sempena Ramadan nanti.

Daripada kata-kata itu, memang terserlah keikhlasan Zul bersahabat dengan wanita yang dikenali ketika sama-sama membintangi drama Apa Itu Cinta pada 2008. Namun sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga, kata jejaka ini penuh jujur, biarlah kedudukannya stabil terlebih dulu sebelum dia bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

Kestabilan yang dimaksudkan jejaka ini tidak hanya menjurus pada soal kewangan, malah merangkumi soal kerjayanya yang baru hendak bertapak kukuh.

 Berita Harian, 19/7/2011

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...