Followers

Wednesday, September 14, 2011

Debaran bakal isteri

Assalamualaikum semua...




Oktober semakin hampir. Bagi pelakon, Yasmin Hani Richardson, 32, ia membawa makna tersendiri kerana dirinya bakal diijabkabulkan dengan jejaka tercinta, Sha'arin Mohd Razali atau Shahrin Blackrose, 45, pada bulan depan.
Begitupun, dia belum sedia berkongsi tarikh demi menjaga hati pelbagai pihak semetelah majlis yang akan berlangsung di Ampang nanti hanya membabitkan kehadiran saudara mara terdekat dan sahabat akrab.

Tetap sedia berkongsi persediaan meniti momen bahagia, kata Yasmin segala-galanya dilaksanakan hasil perbincangan kedua-dua pihak malah ibunya antara orang kuat yang banyak membantu merencanakan acara.
“Sebenarnya saya sendiri kalau boleh mahu mengadakan satu majlis saja, tetapi ibu saya berhajat mengadakan kenduri kesyukuran di kampung kami di Jeram, Selangor. Tarikh belum ditentukan lagi dan mungkin tiada acara naik pelamin.


“Lebih senang begitu kerana kami boleh melayani tetamu yang hadir apatah lagi majlis itu nanti lebih kepada acara perhimpunan ahli keluarga. Tetamu pula kira-kira 500 orang,” katanya ketika ditemui pada majlis hari raya Celepets di Bandar Utama, Isnin lalu.
Mengenai pernikahan dan resepsi, bertepatan lokasi serta impiannya melakar hari bersejarah dengan persandingan dalam taman, Yasmin memilih rona putih gading untuk kedua-dua acara yang juga lambang ikatan suci mereka.

CREDIT TO BERITA HARIAN

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...