Followers

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

Eja Bersyukur Tidak Ditolak Meskipun Berhijab









Assalamualaikum semua

Meskipun hidayah telah diberi kepadanya untuk berhijab selepas pulang dari Mekah pada 10 Mei lalu, namun pelakon jelita Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja bersyukur kerana dua tawaran yang menjengahnya sebelum dia memilih untuk berhijab masih kekal menjadi miliknya.

Dua tawaran berkenaan adalah peranannya sebagai duta bagi produk makanan tambahan kecantikan, Cosry serta watak di dalam filem arahan Bernard Chauly, Manisnya Cinta.

Bercakap kepada portal murai.com.my, Eja yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 30 episod berjudul Balqis untuk tayangan RTM sepanjang Ramadan berkata, dia terharu apabila kedua-dua pihak berkenaan masih sudi mengekalkan namanya walaupun dia sudah berhijab.

"Sebenarnya dua tawaran itu telah dibuat sebelum saya pergi ke Mekah dan Madinah lagi. Apabila saya pulang ke tanah air, saya memberitahu pihak Cosry dan juga produksi filem Manisnya Cinta tentang diri saya yang sudahpun berhijab.

Sumber: Murai

Wednesday, January 18, 2012

Diana Danielle sedia bergelar isteri!







Kisah artis bercinta sesama artis bukanlah perkara baru dan antara pasangan selebriti yang menjadi perhatian peminat ialah pelakon kacukan, Diana Danielle dan Farid Kamil.

Meskipun hubungan mereka pernah dilanda badai sebelum ini, namun pasangan sama cantik sama padan ini berjaya mengekalkan percintaan mereka sehingga kini.

Saat ditemui pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010, baru-baru ini, Diana hanya menganggap berita itu sebagai khabar angin.

Malah, aktres kacukan yang popular dengan filem Magika itu sendiri hairan bagaimana timbul spekulasi dirinya akan menamatkan zaman bujang.

“Cerita itu langsung tidak benar kerana kami tidak pernah merancang untuk melangsungkan perkahwinan tahun ini.

“Setakat ini, kami selesa dengan perhubungan ini dan hanya mampu menyerahkan pada masa untuk menentukannya,” katanya.

Menyulam cinta pada usia muda, Diana yang bakal menginjak 21 tahun November ini, bagaimanapun tidak menafikan dirinya sudah bersedia untuk memegang status isteri.

“Mungkin terlalu awal untuk saya berfikir mengenai perkahwinan, namun jika jodoh sudah sampai saya tidak menolak.

“Lagipun, dari kecil saya sudah berdikari dan yakin mampu menggalas tanggungjawab apabila sudah bergelar isteri.

“Malah, semua benda saya anggap sebagai cabaran dan setiap hari saya akan belajar memperbaiki diri,” katanya.

Tuesday, November 1, 2011

Kim Kardashian Fail Penceraian Terhadap Suami



 



   

BINTANG realiti, Kim Kardashian, 30 dilaporkan telah menfailkan penceraiannya terhadap suaminya bintang bola keranjang NBA, Kris Humphries, 26 selepas berkahwin selama 72 hari.

Berita tersebut disahkan oleh pengacara E! News, Ryan Seacrest melalui laman Twitter miliknya semalam yang memberitahu Kim sendiri telah memberitahu perkara itu kepadanya selepas laman gosip TMZ mendedahkan mengenai perkara itu.

Kim dikatakan menfailkan perceraian mereka dengan alasan tidak mempunyai persefahaman dengan suaminya itu.

Dalam pada itu, sumber rapat dengan pasangan itu memberitahu, sebab utama perpisahan mereka adalah kerana Kim tidak mahu berpindah ke Minnesota tempat asal suaminya.

Kris pula dikatakan tidak mempercayai mengenai penceraian dan masih tidak mengetahui tindakan isterinya.

Saturday, October 29, 2011

Fara Fauzana Dan Neelofa Sah Pengacara Baru Nona






Penyampai Hot FM, Fara Fauzana dan pelakon baru Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa sah akan mengalas tugas sebagai pengacara program popular Nona.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, dua pengacara baru itu bakal menggantikan Vanidah Imran bermula Januari tahun depan.
Ahmad Izham berkata, pemilihan Fara dan Neelofa adalah bagi memantapkan persembahan program itu yang turut akan mengalami perubahan daripada segi isi kandungannya.
"Pemilihan Fara dan Neelofa adalah berdasarkan kepada karakter dan personaliti mereka yang berbeza daripada pengacara sebelum ini.
"Kami yakin dengan pemilihan mereka berdua akan memberikan nafas baru kepada program Nona," ujarnya pada sidang media selepas sesi pra tonton program rangkaian Media Prima 2012 di sini, Jumaat.
Sementara itu, Fara ketika ditemui berkata, dia berasa teruja dipilih sebagai pengacara baru Nona bersama-sama Neelofa dan bersetuju untuk mengendalikan program itu sejajar dengan perubahan usianya.
"Tahun hadapan saya akan berusia 32 tahun dan Nona dilihat sebagai program sesuai untuk dikendalikan sejajar dengan usia saya yang meningkat.
Sumber : mStar

Thursday, October 27, 2011

Remy Ishak Mengaku Bercinta Dengan Tiz Zaqyah




Assalamualaikum semua...


Pelakon drama rantaian popular Nur Kasih, Remy Ishak, 29, mengaku bercinta dengan gandingannya, Tiz Zaqyah, 22.Remy berkata, dia bukan ingin menyembunyikan hubungan tersebut kepada umum seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebaliknya tidak mahu menggembar-gemburkan kepada umum tentang hubungan yang belum tentu menjadi jodohnya.

Sekarang, saya sedang berpacaran dengan Tiz. Saya tak mahu kecoh kerana kami masih lagi di tahap berkenalan dengan lebih rapat. "Lagipun, kami tidak mahu orang luar mengharapkan sesuatu dan di penghujungnya jodoh kami tidak panjang."Lainlah kalau dah nak kahwin, semestinya saya akan beritahu kepada semua. Bagaimanapun, bagi yang tahu tentang hubungan kami, tahulah, saya tak kisah" kata Remy.
Sumber : mstar, easy-xs

Wednesday, October 26, 2011

Tahniah Tomok & Ayu



Assalamualaikum semua...

Tahniah pada Tomok kerana isteri dia pregnant..Tomok umukan berita gembira tu di Twitter dia...


Sumber : Media Malaya

Saturday, October 22, 2011

Yasmin Hani & Shahrin selamat bernikah





Assalamualaikum semua...
Tahniah buat pengacara Yasmin Hani atau Kak Hani yang selamat menjadi isteri kepada Shahrin dengan sekali lafaz jam 3.45 petang tadi. Rombongan pengantin lelaki membawa bersama tujuh dulang beserta mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak RM32 ribu.





Semoga bahagia hingga ke akhir hayat..

Sumber : MediaMalaya

Nama tercalar angkara penipu






Assalamualaikum semua..
DI sebalik kecanggihan teknologi maklumat masa kini, ada juga negatifnya. Ini kerana ada pihak sanggup mengambil kesempatan ‘menangguk di air keruh’ dengan menyamar diri sebagai Heliza. Menerusi laman sosial facebook, Heliza menjadi mangsa.
Penyamar terbabit yang menggunakan namanya membuat onar dengan menipu orang ramai termasuk ahli kelab penyanyi itu. Si penyamar menagih simpati dengan pelbagai masalah yang membabitkan kewangan dan dia memerlukan bantuan.
Sudahlah mengaku diri sebagai Heliza Helmi tetapi nama pemegang akaun dimaklumkan adalah individu lain. Tidak mahu dirinya terus menjadi mangsa, Heliza sudah membuat laporan polis. Liciknya penyamar itu, dia juga mampu meniru suara Heliza.



“Perkara ini baru saja berlaku beberapa bulan lalu dan saya ketahui pun menerusi ahli kelab yang memaklumkannya. Begitu juga panggilan telefon diterima daripada orang ramai yang menjadi mangsa penyamar itu. Justeru, saya membuat laporan polis.
“Nama baik saya bukan saja tercemar tetapi menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan. Oleh itu, saya meminta mereka yang sudah ditipu si penyamar itu supaya tampil membuat laporan polis juga,” katanya.
Menurut Heliza, ia penting untuk membersihkan namanya dan menangkap individu terbabit untuk dihadapkan ke muka pengadilan.



Sumber Metro

Monday, October 10, 2011

Siti pasrah

Assalamualaikum semua...




    
Album bahasa Inggeris Datuk Siti Nurhaliza masih menanti rangsangan peminat. Buat yang menggemari, cinta dan setia kepada penyanyi nombor satu ini, mereka mencari dan mendapatkan album terbaru itu sebagai sebuah lagi bahan koleksi yang wajib dimiliki.
 
All Your Love ialah sebuah refleksi eksistensi dendangannya, dititahkan oleh ratu nyanyian yang tidak pernah turun takhta.
Tidak terkecuali yang memberi respons ikhlas terhadap reformasi bahasa yang dilakukan oleh seorang penyanyi tersohor negara. Suatu perubahan untuk Siti Nurhaliza yang sudah melalui perjalanan seni dengan pelbagai situasi dan penceritaan.

YAKIN BERBAHASA INGGERIS

Stigma dan persoalan tentang keyakinan peminat terhadap keupayaan Siti berbahasa Inggeris bukanlah baru. Ketawanya berbunga tatkala ditanya, dia tahu ada kumpulan yang sengaja mencari salahnya bertutur dan menyanyi dalam bahasa antarabangsa itu.
“Siti tahu ada yang mendengar untuk cari kesalahan Siti. Untuk semua itu, Siti bersiap sedia malah itu bukan perkara baru. Pasti ada kritikan dan Siti terbuka. Ini album pertama, Siti sudah lakukan yang terbaik dan boleh buat lebih baik untuk masa hadapan. Tentang sebutan yang betul, Siti tiada masalah kerana komposer banyak membantu. Mereka juga tidak ada masalah dengan bahasa Inggeris Siti,” akuinya yang tidak ambil kisah dengan kata-kata luar tentang bahasanya.

Sumber : Kosmo

Friday, October 7, 2011

Saida sah cerai tebus talak RM 1000





Penyanyi Saida atau Siti Nursaida Tarudin,35, dan suaminya Mohd Ghazali Yahya Zikri,40, sah bercerai dengan talak satu pada Jumaat di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas 15 tahun hidup bersama.

Saida menebus menebus talak dengan bayaran RM1,000 pada prosiding tersebut.

mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.



Sumber : cthoney

Fida dan Mamat putus cinta!





Akhirnya Fida dan Mamat putus cinta..kat bawah nie kenyataan Fida tentang putus cinta dengan Mamat :

Status hubungan sekarang selepas isu gambar nampak rambut.

“Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung & memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu”
 “Tetapi, selepas di’fikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri di’sebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu di’putuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk”

Adakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain?

“Isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini”
“Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahaja”

Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?
“(Ketawa) Fida harap dia faham keputusan Fida. Itu sahaja & kami bukan’nya ada hubungan sah macam suami isteri atau apa apa dan keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Kami baru mahu menapak dalam dunia seni”

Sumber : rotikaya, easy-xs

Thursday, October 6, 2011

Selamat Tinggal Mamat!








SELEPAS sekian lama memendam rasa, akhirnya dua anggota kumpulan Sepah iaitu, Jepp dan Shuib masing-masing meluahkan perasaan betapa mereka sebenarnya sudah lama tidak tahan dengan kerenah Mamat.
Mengakui selama ini mendiamkan diri saja kerana mahu menghargai sokongan peminat Sepah dalam program realiti Raja Lawak dan Maharaja Lawak, kedua-duanya berasakan mereka seolah-olah tidak rugi apa-apa tanpa Mamat lagi. Ditemubual pada pada sidang media sempena pelancaran Sepah Bikin Album bersama Sepahtu (Sepah Two), Jepp berkata, tindakan menyingkirkan Mamat adalah keputusan muktamad.

Mereka juga sepakat untuk tidak sama sekali membuka peluang kepada Mamat kembali menyertai Sepah yang kini diberi nafas baru dikenali sebagai Sepah-tu atau Sepah Two.

“Sebelum ini banyak kenyataan di media mengatakan kami sudah berpisah. Ketika itu saya juga ada mengumumkan Sepah dibubarkan. Selepas itu, saya dan Shuib menubuhkan Sepahtu pula. Jadi anggota Sepahtu selepas ini hanya saya dan Shuib saja.

“Jika boleh kami tidak mahu dikaitkan dengan Mamat. Kami rasa tidak adil menggunakan nama Sepah lagi sedangkan Mamat bukan lagi anggota kumpulan ini.
“Lagipun Mamat juga mengaku nama Sepah itu adalah miliknya,” katanya yang tidak mahu lagi memanjangkan episod duka itu malah bersyukur mengambil keputusan berpisah kerana tidak lagi akan terpalit dengan mana-mana kontroversi yang dicetuskan Mamat.

Sumber : Berita Harian

Sunday, September 25, 2011

Siti Nordiana dah bertudung

Assalamualaikum semua...




seronok bila dengar dah ramai artis kita mula bertudung...antaranya irma hasmie,raja farah, farah af2 dan diana amir. Terkini penyanyi Siti Nordiana atau Nana dah memakai tudung...sejuk je mata memandang...dah la cantik bila pakai tudung lagi nampak manis dan cantik...kat bawah nie gambar Nana bertudung
Sumber : Media Malaya

Friday, September 23, 2011

Diana Amir dah bertudung

Assalamualaikum semua..




     Diana Amir megaku yg dia selesa menutup aurat lepas beberapa kali mimpi hari kiamat.
Petanda yang membelenggu pelakon muda ini telah membuatkan dirinya sentiasa ingat akan kematian yang semakin hampir.

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,” katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.
Diana Amir mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pelakon Irma Hasmie, yang kini sudah pun menutup aurat. Difahamkan, Irma Hasmie membawa Diana Amir bertemu dengan Wardina Saffiyah bagi mendapatkan pandangan serta sokongan mengenai ilmu agama.

Sumber :
syeedasaniey




   

Wednesday, September 21, 2011

Cinta Singkat Ashraf Muslim

Assalamualaikum semua...




    
BERMULA dengan perkenalan singkat di rumah bapa mertuanya, siapa sangka pelakon utama drama Ustaz Amirul ini, Ashraf Muslim,30, kini sudah bergelar suami kepada Noor Dayana Lokman, 24, pada 1 Syawal lalu di Tanah Suci, Mekah.
Tanggal 17 September lalu, pasangan ini telah mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di rumah pengantin perempuan di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor.
Majlis yang diadakan secara sederhana itu tetap meriah dengan kehadiran rakan-rakan serta saudara mara pengantin lelki dan perempuan.
Tepat pukul 1.30 petang, merpati dua sejoli ini melangkah masuk ke tempat persandingan mereka, diiringi muzik daripada bagpipies, membuatkan semua tetamu yang hadir bagaikan terpaku dengan kehadiran mereka.

Semoga bahagia hingga ke akhir hayat
Credit to Utusan Malaysia

Wednesday, September 14, 2011

Debaran bakal isteri

Assalamualaikum semua...




Oktober semakin hampir. Bagi pelakon, Yasmin Hani Richardson, 32, ia membawa makna tersendiri kerana dirinya bakal diijabkabulkan dengan jejaka tercinta, Sha'arin Mohd Razali atau Shahrin Blackrose, 45, pada bulan depan.
Begitupun, dia belum sedia berkongsi tarikh demi menjaga hati pelbagai pihak semetelah majlis yang akan berlangsung di Ampang nanti hanya membabitkan kehadiran saudara mara terdekat dan sahabat akrab.

Tetap sedia berkongsi persediaan meniti momen bahagia, kata Yasmin segala-galanya dilaksanakan hasil perbincangan kedua-dua pihak malah ibunya antara orang kuat yang banyak membantu merencanakan acara.
“Sebenarnya saya sendiri kalau boleh mahu mengadakan satu majlis saja, tetapi ibu saya berhajat mengadakan kenduri kesyukuran di kampung kami di Jeram, Selangor. Tarikh belum ditentukan lagi dan mungkin tiada acara naik pelamin.


“Lebih senang begitu kerana kami boleh melayani tetamu yang hadir apatah lagi majlis itu nanti lebih kepada acara perhimpunan ahli keluarga. Tetamu pula kira-kira 500 orang,” katanya ketika ditemui pada majlis hari raya Celepets di Bandar Utama, Isnin lalu.
Mengenai pernikahan dan resepsi, bertepatan lokasi serta impiannya melakar hari bersejarah dengan persandingan dalam taman, Yasmin memilih rona putih gading untuk kedua-dua acara yang juga lambang ikatan suci mereka.

CREDIT TO BERITA HARIAN

Yuna nak menetap di Amerika Syarikat




Sebagaimana yang semua telah sedia maklum, penyanyi Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna telah berulang alik dari Amerika Syarikat (AS) sejak tahun lalu.Bukan sekadar kunjungan biasa, kehadiran Yuna ke sana nampaknya telah membuahkan hasil apabila akhirnya dia telah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama salah satu syarikat rakaman indie antarabangsa, Fadel Label.
Malah demi memastikan langkahnya tidak tersekat, penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu telah memilih untuk bermastautin di Los Angeles, AS dalam jangkamasa yang agak panjang.
"Saya telah berada di tanah air sejak lima hari sebelum Aidilfitri dan akan pulang ke LA tidak lama lagi. Rasanya lebih baik saya berada di sana saja kerana saya sudahpun berjaya mendapat visa kerja di sana," katanya yang manis berkebaya merah.

credit to murai

Monday, August 22, 2011

Fizz beraya di rumah almy

Assalamualaikum semua...

Fizz Fairuz  bintang drama siri Stanza Cinta yang sedang rancak ditayangkan di TV3 dikatakan mula beralih arah cintanya. Selepas lebih lima tahun menyemai kasih bersama dramatis Almy Nadia, tidak semena-mena timbul pula khabar angin yang mengatakan aktor popular ini meninggalkan kekasihnya untuk seorang lagi dramatis baru.

Bagaimanapun, sebaik dilontarkan persoalan itu, Fizz hanya tersenyum dan tenang mengatur bicara. Selain menganggap cerita yang timbul adalah isu mengarut, malah aktor berusia 32 tahun ini menafikan sekeras-kerasnya akan dakwaan kononnya dia sudah berpisah dengan Almy.



Kami sudah lebih lima tahun bersama dan mustahil untuk saya melepaskan Almy begitu saja. Kami sudah serasi bersama dan kenal antara satu lain. Malah, sekarang pun saya sudah bersedia untuk membawanya ke peringkat yang lebih jauh kerana sebelum ini masing-masing sibuk dan gigih mengukuhkan nama.

“Insya-Allah kalau diberi rezeki dan keizinan, saya akan mengakhiri hubungan ini dengan cara yang baik tidak lama lagi,” katanya yang enggan mengulas lebih lanjut.

“Insya-Allah saya juga akan beraya ke rumah Almy tahun ini kerana sebelum ini saya memang tidak berkesempatan untuk ke sana bertemu keluarganya ketika Aidilfitri. Jika tiada masalah atau perancangan lain, saya memang akan
ke rumah keluarganya tahun ini,” katanya.

Credit to Harian Metro

Friday, August 19, 2011

Status Facebook Zul Sayang Abby Abadi

Assalamualaikum semua...








Tajuk atas pun dah hangat kan....Kalau sudah sayang, buktikan bro! Buktikan yang anda tidak seperti Eid dalam Nora Elena, LOL! Kelakuan update status seperti ini macam cinta monyet Musalman & Mak Bedah masa zaman belajar ajek.

Buktikan kejantanan anda dengan melamar Abby Abadi menjadi raja sehari segera. Hindari fitnah jauhi maksiat. Di bawah pula jawapan Abby Abadi mengenai status sayang yang diberi Zul Ariffin.


 kalau dah sayang jangan tunggu lama -lama k...semoga bahagia hingga ke akhir hayat...


 Sumber : Media Malaya

Wednesday, August 17, 2011

Ashraf Nikah 1 Syawal






Tatkala orang lain riang menyambut ketibaan 1 Syawal, lain bagi pemilik nama Mohd Ashraf Muslim atau Ashraf Muslim, 30, apabila dia berdebar menanti hari tersebut kerana bakal diijab kabulkan dengan tunangnya, Noor Dayana Hj. Lokman, 24.
 
"Perkahwinan itu nampak mudah dan remeh, tetapi bukan senang sebenarnya mahu membawakan 'title' suami itu. Persediaan secukupnya perlu ada," ujar Ashraf kepada MH Online.

Ashraf dan Dayana yang mengikat tali pertunangan pada 23 April lalu akan dinikahkan oleh Hj Lokman Abd Hamid, bapa Dayana pada malam 1 syawal tersebut.

"Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar saya akan dinikahkan pada sebelah malam selepas waktu Isya', di Masjidil Haram, Mekah.

"Selepas akad nikah, kami akan menunaikan tawaf sunat mengelilingi Ka'abah sebanyak tujuh kali. Ini adalah amalan yang dilakukan para sahabat di zaman Rasulullah SAW," ujarnya yang berangkat lebih awal bersama bakal bapa mentuanya.

Ashraf yang berangkat lebih awal bersama bakal bapa mentuanya pada 17 Ogos akan mengerjakan Umrah terlebih dahulu dan diikuti rombongan daripada kedua-dua pihak seramai 15 orang pada 26 Ogos nanti.

Di majlis akad nikah itu nanti, tidak ada sebarang acara menyarung cincin dan penyerahan hantaran kerana semuanya akan dilakukan di majlis resepsi mereka nanti iaitu pada 17 September 2011 bertempat di rumah pengantin perempuan, di Sri Gombak, Gombak.

Selepas acara di sebelah pihak perempuan, majlis menyambut tetamu di sebelah Ashraf pula akan diadakan pada 24 September bertempat di MiTC, Melaka.

Untuk tatapan peminat setia Ashraf, MH paparkan kad jemputan perkahwinan Ashraf di sebelah pihaknya yang berbentuk Al-Quran sesuai dengan temanya, Islamik.




Sumber : Media Hiburan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...