Followers

Monday, August 22, 2011

Fizz beraya di rumah almy

Assalamualaikum semua...

Fizz Fairuz  bintang drama siri Stanza Cinta yang sedang rancak ditayangkan di TV3 dikatakan mula beralih arah cintanya. Selepas lebih lima tahun menyemai kasih bersama dramatis Almy Nadia, tidak semena-mena timbul pula khabar angin yang mengatakan aktor popular ini meninggalkan kekasihnya untuk seorang lagi dramatis baru.

Bagaimanapun, sebaik dilontarkan persoalan itu, Fizz hanya tersenyum dan tenang mengatur bicara. Selain menganggap cerita yang timbul adalah isu mengarut, malah aktor berusia 32 tahun ini menafikan sekeras-kerasnya akan dakwaan kononnya dia sudah berpisah dengan Almy.



Kami sudah lebih lima tahun bersama dan mustahil untuk saya melepaskan Almy begitu saja. Kami sudah serasi bersama dan kenal antara satu lain. Malah, sekarang pun saya sudah bersedia untuk membawanya ke peringkat yang lebih jauh kerana sebelum ini masing-masing sibuk dan gigih mengukuhkan nama.

“Insya-Allah kalau diberi rezeki dan keizinan, saya akan mengakhiri hubungan ini dengan cara yang baik tidak lama lagi,” katanya yang enggan mengulas lebih lanjut.

“Insya-Allah saya juga akan beraya ke rumah Almy tahun ini kerana sebelum ini saya memang tidak berkesempatan untuk ke sana bertemu keluarganya ketika Aidilfitri. Jika tiada masalah atau perancangan lain, saya memang akan
ke rumah keluarganya tahun ini,” katanya.

Credit to Harian Metro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...