Followers

Monday, October 10, 2011

Siti pasrah

Assalamualaikum semua...




    
Album bahasa Inggeris Datuk Siti Nurhaliza masih menanti rangsangan peminat. Buat yang menggemari, cinta dan setia kepada penyanyi nombor satu ini, mereka mencari dan mendapatkan album terbaru itu sebagai sebuah lagi bahan koleksi yang wajib dimiliki.
 
All Your Love ialah sebuah refleksi eksistensi dendangannya, dititahkan oleh ratu nyanyian yang tidak pernah turun takhta.
Tidak terkecuali yang memberi respons ikhlas terhadap reformasi bahasa yang dilakukan oleh seorang penyanyi tersohor negara. Suatu perubahan untuk Siti Nurhaliza yang sudah melalui perjalanan seni dengan pelbagai situasi dan penceritaan.

YAKIN BERBAHASA INGGERIS

Stigma dan persoalan tentang keyakinan peminat terhadap keupayaan Siti berbahasa Inggeris bukanlah baru. Ketawanya berbunga tatkala ditanya, dia tahu ada kumpulan yang sengaja mencari salahnya bertutur dan menyanyi dalam bahasa antarabangsa itu.
“Siti tahu ada yang mendengar untuk cari kesalahan Siti. Untuk semua itu, Siti bersiap sedia malah itu bukan perkara baru. Pasti ada kritikan dan Siti terbuka. Ini album pertama, Siti sudah lakukan yang terbaik dan boleh buat lebih baik untuk masa hadapan. Tentang sebutan yang betul, Siti tiada masalah kerana komposer banyak membantu. Mereka juga tidak ada masalah dengan bahasa Inggeris Siti,” akuinya yang tidak ambil kisah dengan kata-kata luar tentang bahasanya.

Sumber : Kosmo

1 comment:

cik jannah said...

siti kan better lagu dia yang dulu2lagi best.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...