Followers

Friday, January 6, 2012

Chong Wei mara





Datuk Lee Chong Wei terpaksa berhempas pulas selama satu jam untuk ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Super Siri Terbuka Korea 2012 semalam.


Chong Wei yang tewas pada set pertama, 13-21 ke atas pemain tuan rumah, Shon Wan Ho seakan mendapat tonik kebangkitan untuk menang sebagai juara dan bukan sekadar tempat kedua seperti tahun lalu.

Bersambung dua set, Chong Wei yang sudah menemui rentak permainannya, langsung tidak memberi peluang kepada Wan Ho sebelum bangkit meraih kemenangan 21-14, 21-15.

Selepas ini, Chong Wei bakal berentap dengan pemain Jepun, Kenichi Tago hari ini di peringkat suku akhir dan laluan sukar menanti sandaran emas Olimpik 2012 negara ini yang mungkin berdepan seteru utamanya, Lin Dan sekiranya ingin layak ke final.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...