Followers

Thursday, May 23, 2013

Eja Bersyukur Tidak Ditolak Meskipun Berhijab









Assalamualaikum semua

Meskipun hidayah telah diberi kepadanya untuk berhijab selepas pulang dari Mekah pada 10 Mei lalu, namun pelakon jelita Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja bersyukur kerana dua tawaran yang menjengahnya sebelum dia memilih untuk berhijab masih kekal menjadi miliknya.

Dua tawaran berkenaan adalah peranannya sebagai duta bagi produk makanan tambahan kecantikan, Cosry serta watak di dalam filem arahan Bernard Chauly, Manisnya Cinta.

Bercakap kepada portal murai.com.my, Eja yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 30 episod berjudul Balqis untuk tayangan RTM sepanjang Ramadan berkata, dia terharu apabila kedua-dua pihak berkenaan masih sudi mengekalkan namanya walaupun dia sudah berhijab.

"Sebenarnya dua tawaran itu telah dibuat sebelum saya pergi ke Mekah dan Madinah lagi. Apabila saya pulang ke tanah air, saya memberitahu pihak Cosry dan juga produksi filem Manisnya Cinta tentang diri saya yang sudahpun berhijab.

Sumber: Murai

1 comment:

Izreen said...

syukur alhamdullilah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...