Followers

Tuesday, May 21, 2013

Hazama Tidak Mahu Jadi Pelawak

Assalamualaikum semua

 Penyanyi Hazama Ahmad Azmi, 29, mengakui tidak mahu terlalu banyak membawa watak komedi demi menjaga kepentingan dalam bidang nyanyian.
Jelas Hazama, dia tidak mahu konsentrasi terhadap nyanyian terganggu apabila menyanyikan lagu-lagu berunsur sedih atau serius.
"Saya kalau boleh tidak mahu bawa terlalu banyak watak-watak komedi, nanti orang akan ingat muka saya sebagai pelawak pula.
"Susah juga jika saya menyampaikan lagu-lagu sedih nanti tidak sampai sebab mereka mungkin menganggap saya sedang melawak," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Hazama berkata, pada peringkat awal penglibatannya dalam bidang lakonan ini, dia lebih selesa bekerja dibawah arahan Ahmad Idham.
"Saya masih baru dalam bidang ini dan saya rasa abang Ahmad Idham lebih memahami dan mengetahui kelebihan dan kekurangan saya.
"Setakat ini saya akui masih takut untuk terima tawaran daripada produksi lain, tapi bukan bermakna saya anak emas kepada abang Idham," ujarnya.
Sekian.
Sumber: Mstar Online



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...