Followers

Monday, May 18, 2015

Hari Terakhir Gerrard Di Anfield



Kapten Liverpool, Steven Gerrard mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong The Reds dengan nota kurang gembira selepas tewas 1-3 kepada Crystal Palace pada perlawanan terakhirnya di Stadium Anfield.

Selepas hampir 17 tahun bersama Liverpool turun dalam 709 penampilan dengan 185 gol dan 10 trofi, pemain tengah berusia 34 tahun itu amat berharap aksi terakhirnya di Anfield dilengkapkan dengan kemenangan sebelum berhijrah ke kelab Amrika Syarikat, Los Angeles Galaxy.

The Reds berada lebih awal di depan menerusi jaringan Adam Lallana.

Namun gol daripada Jason Puncheon, pemain gantian Wilfried Zaha dan Glenn Murray merosakkan penampilan terakhir Gerrard.

Lebih menggembirakan buat Palace, pasukan itu berjaya menamatkan rentetan empat kekalahan berturut-turut selain mencatat kemenangan pertama di Anfield sejak 1991.

Kekalahan itu turut mengakhiri segala peluang The Reds untuk mara ke saingan berprestij Liga Juara-Juara Eropah.



Sumber : Mstar Online

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...