Followers

Showing posts with label Komputer. Show all posts
Showing posts with label Komputer. Show all posts

Saturday, June 1, 2013

PC saiz meja kopi



Lenovo memperkenalkan komputer peribadi (PC) bersaiz meja kopi yang berfungsi seperti tablet gergasi dan membolehkan empat orang menggunakannya serentak. 


IdeaCentre Horizon Table PC boleh dikatakan sebagai komputer interpersonal pertama. Sekali pandang, ia kelihatan seperti mesin semua-dalam-satu biasa seperti iMac, iaitu dengan skrin 27 inci bersama Windows 8 dan ia boleh diletakkan secara menegak di atas meja. 

Selain itu anda boleh meletakkannya di lantai untuk bermain permainan Monopoly. Ia cukup besar untuk memuatkan empat orang di sekitarnya, dan skrin boleh bertindak balas dengan 10 jari menyentuh pada masa yang sama. 


Skrinnya bersamaan dengan saiz lapan iPads yang disambungkan dan seberat 6.8 kilogram. Ia seolah-olah sama seperti TV berskrin rata. 

Pada demonstrasi di CES baru-baru ini, gambar dan video boleh diputarkan dengan jari. Penyebaran lima jari serentak pada skrin membersihkan paparan berselerak manakala dengan menguncupkan kelima-lima jari akan mengembalikan paparan gambar dan video semula. 

Lenovo berkata PC Meja itu akan dijual bermula musim panas ini pada harga RM 5 ribu lebih atau kira-kira AS$1,699.


Sumber : Berita Harian

Tuesday, July 17, 2012

Macam mana nak link dari DREAMWEAVER ke PhpMyAdmin?

Assalamualaikum semua....






korang sihat ker? dah lama aku tak update pos baru kat sini. Aku nak minta tolong pada sesiapa yang taw pasal dreamweaver dengan phpmyadmin nie. Aku sekarang tengah praktikal di kerajaan. Diorang minta aku buat satu sistem pengurusan stor menggunakan phpmyAdmin untuk database dan dreamweaver untuk interface. Masalah aku sekarang aku tak tahu untuk link kan dari phpMyAdmin ke dreamweaver. Kat bawah nie contohnya

1. Bila klik User akan keluar paparan Senarai Barang


2. Masalahnya sekarang macam mana aku nak link kan supaya bila klik User akan ke page Senarai Barang seperti dibawah ni?




- tolong aku pada sapa2 yang tahu macam mana solve this problem..
- tolong bg tips ke codding ke dh okey...
- i really appreciate it...

Wednesday, November 2, 2011

Nak remove sweetim kat status FB tapi tak boleh




Assalamualaikum semua...
malam-malam nie aku nak minta tolong korang semua boleh tak? sapa taw macam mana nak remove sweetim kat status Facebook? klo aku nak tag nama sape2 susah dan nak komen nak tag pun susah. aku dh try uninstall kt control panel tapi still ade benda tu kt Facebook..lepas tu aku try remove kt add-ons firefox pun tak jadi jugak..aku taw sweetim tu macam2 icon ada kt situ  tapi menyusahkan orang jer la kalau buat macam tu..plezz tolong aku buang bende tuh...tension kot tgk bende tu...huu...plezz tolong aku..

Saturday, September 17, 2011

Apabila laptop asyik not responding

Assalamualaikum semua...




selamat malam...nak tanya korang sapa kt sini taw bab2 komputer atau pun laptop? laptop aku nie asyik  NOT RESPONDING je..Not Responding jadi bila nak save ape2 dokumen..tension!! sbb lama sgt nak kna tunggu...

saya tunggu komen anda semua...

Tuesday, July 19, 2011

Virus Baru di Facebook

VIRUS BARU~! (kepada yang masih tidak tahu)

1. Virus tersebut tersebar melalui
IM dimana dia bermula dengan
chat
........."hi. how are you?" (sopan betul)

2. Kemudian,JIKA korang reply pada chat
tersebut , dia akan hantar
"Wanna laugh? "

3. Selepas korang reply , dia akan
menghantarkan
"It is you on the video ?)) want to
see?)"

4. Lepas tu , dia akan hantar
satu LINK & link tu la VIRUS!!!!
* Jgn layan kalau dpt mesej mcm tu k n dia blh hack facebook anda..tq
 

Thursday, June 30, 2011

Kenapa nie laptop ku buat hal...

Salam semua...
Masa NI  asyik buat keja..tiba2 jer usb yg cucuk pendrive x blh guna...ade 3 tempat cucuk usb tu tp semua x blh pakai...NI dh shutdown pn sama juga tetap x blh cucuk pendrive ataupun mouse.. die akan keluar USB DEVICE NOT RECOGNIZED? Sebelum nie elok  saja...huhuhu...

Sapa2 blh tlg NI nk wat cmna...nk kena antaq p kedai ka? ataupn x pyh p kedai.....
 TQ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...