Followers

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

Snow Ice di Ice Room...Sedappp!!



Assamualaikum semua. Selamat pagi

Petang kelmarin selepas petang berjalan, mak aku ajak pergi makan kat Ice Room di Nilai. Macam-macam ada kat sana. Snow ice, western food dan dan lain lain. Yang popular kat situ mestilah snow ice dengan pelbagai rasa. Nanti korang rasa la...Sedappp!!

Dah banyak cawangan Ice Room ni. Nanti pergi la yang dekat dengan korang semua

Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi website :

http://www.iceroom.com.my/menu.aspx

Sekian

Saturday, March 31, 2012

Kembali aktif

Assalamualaikum semua....

Dah lama aku tak post entry baru kt blog aku. Tiba-tiba aku terasa nak aktif blog balik la sbb sebelum nie memang aku malas nak update apa2 entry pun. Mungkin x dak topik kot tu yg malas nk post entry. Sekarang  aku cuti 2 bulan memang byk masa la kan nk post entry.
Terima kasih pada semua yang sudi blogwalking kt blog aku yg x seberapa nie..

Sekian.

Saturday, January 7, 2012

Kasih Sayang VS Duit?












Assalamualaikum semua...
Bagi korang yang mana paling penting? ataupun kedua-dua nya penting sebab zaman sekarang semua nya pakai duit kan...kalau xde duit pun x boleh jugak...kasih sayang pun penting untuk kita semua sebab kasih sayang tak boleh dicari...kalau duit boleh dicari

Saturday, November 5, 2011

Holiday




Assalamualaikum semua...
xde keja cari keja...keja ambik gmbr ja






Sunday, October 23, 2011

Sogo KL yang selalu meriah....




Thursday, October 13, 2011

Alhamdullilah kembali normal

Assalamualaikum semua....




Tadi aku p jumpa doktor untuk check pressure aku...alhamdullilah darah aku kembali normal...2 minggu lepas aku p jumpa doktor, doktor cakap darah aku naik...doktor tanya aku awat naik nie...tension ka?..aku jawab tension jugak la dengan assignment, exam dan projek...tapi alhamdullilah semua kembali normal...

Alhamdullilah exam semua dah selesai

Assalamualaikum semua...




Alhamdullilah exam semua dah selesai...x payah nk nervous dh, takut dan apa-apa lagi la...aku study setakat yang termampu ja...sekarang tawakal kepada Allah ja...Pagi tu aku ada speaking MUET...memang ketaq lutut sebelum masuk dalam dewan speaking MUET tu...time tu aku lagi nervous...aku asyik pikir tajuk apa yang akan  keluar...apa aku nak present opinion aku kat depan judge..alhamdullilah semua berjalan dengan lancar..aku dok dlm dewan tu 30 minit je..tp rs lama sangat dengan air cond kuat sejuk gila..tp x pa la semua tu dah lepas...tinggal lagi 3 test MUET  yang belum selesai lagi....

Sunday, October 9, 2011

Mana penting? Follower ke Entry yang baik?

Assalamualaikum semua...




Korang rasa mana penting? follower ker entry yang baik? Bagi aku dua dua penting sebab kalau follower xdak kita pun jadi malas nak tulis entry baru..xdak sapa yang nak baca...Entry pun kena baik jugak klo x, xde sapa yang minat nk baca entry kita..nie pendapat aku ja...mungkin korang semua ada pendapat lain mane taw kn...
Sekian

Saturday, October 8, 2011

Mimpi Misha Omar

Assalamualaikum semua...




Selamat tengah hari...aku mimpi Misha Omar...betul taw..dlm mimpi tu dia call aku siap taw nama aku sapa.. tanya nak nyanyi apa untuk birthday party Fasha Sandha...aku jwb nyanyi lagu Jamal- Kekasih Awal dan Akhir..lps tu Misha kata okey jugak lagu tu...tiba-tiba aku terjaga dari tido...habis kat situ je...best kalau dapat cakap dengan MISHA OMAR...

Angan-angan biar jadi kenyataan...

Header baru

Assalamualaikum semua...








Aku ada header baru..sebelum nie simple sgt..tp yang nie nmpk fresh dan menarik..Kredit to MUKA HALUIH...tqsm ya...



Jemputlah singgah blog MUKA haluih. :)

Thursday, October 6, 2011

Tinggal 1 paper je lagi

Assalamualaikum semua...





   
Pejam celik pejam celik tinggal 1 paper je lagi...last paperb aku 12hb nanti...memang banyak masa aku nak study...petang semalam aku baru abis jawab 2 paper...memang kelam kabut  semalam yang mana satu nak study dulu...lepas dah abis exam tu aku rasa macam kepala nie ringan sikit. Klo tak kepala nie penuh dengan subjek Pangkalan Data dengan Technical Communication..lepas nie aku kena fokus untuk subjek 3D je..

Tuesday, October 4, 2011

Perjuangan bermula

Assalamualaikum semua...






hari nie aku dah start final exam..tinggal lagi 3 paper untuk aku juang habis habisan...petang td aku exam kenegaraan...tawakal pada ALLAH je sekarang nie...aku dah usaha setakat yang termampu.. esk pulak  aku ada paper Pangkalan Data dengan Technical Communication...lepas tu minggu depan last paper 3D...minggu nie ja la busy sikit..nak study tuk exam esok nye...
Sekian

Monday, October 3, 2011

Tinggal 1 hari je lg...

Assalamualaikum semua...




   
Tinggal 1 hari je lagi untuk aku final exam...4 hari je aku exam tp rs mcm 4 tahun...macam - macam rasa la nie...ketaq, mcm2 pikiaq la nie...apa2 pun aku kena juang habis-habisan sebab aku target nak dapat Dean List semester nie...InsyaAllah....kawan2 aku boleh dapat x kan aku x boleh dapat Dean List...Apa2 pun usaha yang penting dan akhir sekali tawakal kepada ALLAH...korang tolong doakan aku dengan kawan-kawan aku yer...

Untuk kawan-kawan aku semoga berjaya dalam exam kali nie...Semoga ALLAH mempermudahkan untuk kita menjawab soalan nnt...Amin!!

Sunday, October 2, 2011

Buka internet mesti login Facebook

assalamualaikum semua...




Selamat pagi...semoga korang semua sihat selalu..pernah tak korang jadi macam aku...bila buka internet ja mesti login facebook...pernah jadi kt korang tak? aku pun pelik dh jadi tabiat mesti kena login facebook dulu sebelum nak buat  benda lain..aku saja nak share dengan korang2 je...tak salah pun korang nak facebook sampai 24 jam pn..

Friday, September 30, 2011

Sapa ada tips belajar 'last minute'?

Assalamualaikum semua...




   
selamat pagi..nak tanya korang nie..korang tau tak tips2 belajar last minute nie? klo korang tau share2 la dengan aku sekali...exam aku dah nak dekat tapi aku boleh relax je lg...ade la aku study sikit-sikit bab kenegaraan..tp macam mana dengan subjek lain? please help me!!

Wednesday, September 28, 2011

MANA MAK ..... Before baca, sila sediakan Tisu







Mana Mak?

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sumber Samsuri

Sunday, September 25, 2011

First Giveaway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia

cepat-cepat sapa nak hadiah...

saya nak hadiah jersey EPL dan duit cash

Jadual Exam...

Assalamualaikum semua...




   


dah lama aku tak update blog...byk benda nk kena settle akhir bulan nie...antar report usahawan, kenegaraan dgn 3D..jenuh nak manage time...dah la bulan 10 nnt aku dgn kawan-kawan aku dah start exam...cuak kot...byk benda nk kna study balik...buka balik nota-nota yang aku simpan...kat bawah nie jadual exam ktorang...korang doakan aku dgn kawan-kawan aku semua blh jawab exam k...

4/10/2011     - Pengantar Kenegaraan  (2.30 -5.30ptg )
5/10/2011     - Pangkalan Data (9.00 - 12.00tgh )
                   - Technical Communication 1 (2.30 - 5.30ptg)
12/10/2011   -  Pemodelan dan Animasi 3D (2.30 - 5.30ptg)

Walaupun 4 subjek je yang aku ambik tapi semua subjek nie yang penting...pada semua kawan-kawan aku selamat menempuhi peperiksaan and all the best k...

                 

Friday, September 16, 2011

"1st GA ilavanilla"

Assalamualaikum semua....


 



   tarikh tutupnyew adalah 3 hari setelah entri ini di publish.. means, tamat pada hari ahad ini bersamaan dengan 18HB SEPTEMBER 2011 pada jam 11.59pm

CEPAT SAPA NAK MENANG!!



Wednesday, September 14, 2011

Batuk!

Assalamualaikum semua...




    Selamat pagi...sapa taw ubat nak bagi baik batuk? sampai sekarang aku asyik batuk ja...khorh!khorh!khorh!..ubat dah nak abis tp still batuk lagi...kadang-kadang emosi aku terganggu..dah nak dekat exam lak tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...