Followers

Tuesday, July 19, 2011

Cinta jarak jauh

PERTEMUAN yang tidak dirancang di sebuah acara di Pulau Pinang pada tahun 2005 akhirnya telah menyatukan dua hati, Farah Diana Anuar dan Johan Johari pada petang Jumaat lalu. Majlis pernikahan mereka berlangsung dengan cukup unik apabila mereka bernikah di atas Cruise di Tasik Putrajaya yang mana itu merupakan impian Farah untuk bernikah di atas kapal.
“Saya memang sudah lama simpan angan-angan untuk bernikah atas kapal selepas mengikuti penggambaran program Rasa Halal Oriental yang kerap menaiki kapal-kapal besar. Rakan saya, beri idea untuk lakukan di atas cruise, unik dan tidak pernah dilakukan orang lagi,” katanya.
Senyuman meleret selepas majlis akad nikah selesai membuktikan mereka cukup bahagia. Tatkala diminta untuk bercerita bagaimana perkenalan antara mereka boleh berlaku, kedua-dua mereka tertawa dan saling berpandangan.
Farah, 26, memulakan bicara: “Kami kenal sekitar tahun 2005, ketika itu saya ada acara di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Johan pula kebetulan jumpa rakannya yang kebetulan ketika itu turut terlibat dengan acara yang saya sertai.
“Sejak itu, sepanjang saya berada di hotel itu bersama keluarga, saya kerap terserempak dengannya. Kiranya dia merupakan cinta pandang pertama saya, sebelum ini saya tidak pernah terus suka seorang lelaki bila terpandang buat kali pertama.”
Sambungnya lagi, dia cukup terkejut apabila pada satu malam dia terlihat Johan bersembang dengan bapanya dan rakan-rakannya.
“Dalam hati saya terdetik, berani juga dia bersembang dengan abah saya sebab selalunya orang takut nak dekat dengan abah sebab abah saya nampak garang.
“Sebenarnya abah yang ambil nombor telefon dia, kemudian bila balik Kuala Lumpur saya asyik teringatkan dia, jadi saya curi-curi ambil nombor dia dan mula bermesej,” katanya dalam tawa.
Tidak terus menyatakan hatinya telah terpaut pada Johan, Farah pada mulanya menyamar menjadi orang lain ketika berhubung menerusi telefon.
“Sebenarnya masa dia menyamar saya sudah tahu itu dia sebab saya kenal suaranya, tetapi saya layankan sahaja pura-pura tidak tahu,” kata Johan yang juga berusia 26 tahun.
 

Selepas lima bulan berkawan mereka memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih, walaupun mereka terpaksa bercinta jarak jauh antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, kasih yang terbina menyebabkan mereka terus bersama sehingga ke hari ini.
“Kami tidak seperti pasangan kekasih lain yang boleh berjumpa apabila hujung minggu sebaliknya kami hanya jumpa dua kali sebulan pada awal percintaan, kemudian dua tiga bulan sekali selepas masing-masing bertambah sibuk.
“Dugaannya memang banyak. Saya pun ada dengar daripada rakan-rakan yang belajar di luar negara, cinta jarak jauh agak susah untuk berjaya jadi pada mulanya saya tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam hubungan kami.
“Dugaan bertambah besar apabila kami bertunang tetapi Alhamdulillah kami dapat atasinya dengan baik,” jelas Farah.
Lamaran Johan kepada Farah pada tahun 2008 diterima dengan baik oleh Farah apabila dia terus bersetuju untuk menjadi suri hidup pelabur hartanah itu.
“Ketika itu antara saya dengan dia sahaja tidak melibatkan keluarga lagi. Saya memilih Farah sebab dia boleh serasi dengan saya serta keluarga saya. Dia juga jenis yang dengar nasihat,” ujar Johan.
Farah pula ketika ditanya mengapa memilih Johan sebagai suaminya, jawab Farah: “Walaupun pada mulanya saya tidak yakin dengan Johan tetapi ada perasaan untuk mencuba, daripada apa yang saya lihat, Johan akan sentiasa utamakan saya tidak kisahlah kalau dia tengah marah, jadi dia memang sabar dengan saya serta jujur dan ikhlas.
“Satu lagi saya paling suka melihat senyumannya kerana pada awal pertemuan kami walaupun kami tidak berbual dia hanya tersenyum, selain itu kami satu kepala.”


Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

2 comments:

zis said...

ahakzzz..

mmg ada kes cinta jarak jauh akan berakhir di jinjang pelamin..tapi kalo tanya zis..zis tak percaya cinta jarak jauh..sebabnya? ntah laa..hehe

Izreen said...

kne percaya pd psgn kita klo cinta jarak jauh nie..selalunya x ramai yg akan berakhir di jinjang pelamin kn..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...