Followers

Wednesday, September 14, 2011

Yuna nak menetap di Amerika Syarikat




Sebagaimana yang semua telah sedia maklum, penyanyi Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna telah berulang alik dari Amerika Syarikat (AS) sejak tahun lalu.Bukan sekadar kunjungan biasa, kehadiran Yuna ke sana nampaknya telah membuahkan hasil apabila akhirnya dia telah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama salah satu syarikat rakaman indie antarabangsa, Fadel Label.
Malah demi memastikan langkahnya tidak tersekat, penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu telah memilih untuk bermastautin di Los Angeles, AS dalam jangkamasa yang agak panjang.
"Saya telah berada di tanah air sejak lima hari sebelum Aidilfitri dan akan pulang ke LA tidak lama lagi. Rasanya lebih baik saya berada di sana saja kerana saya sudahpun berjaya mendapat visa kerja di sana," katanya yang manis berkebaya merah.

credit to murai

2 comments:

Lola Hudson said...

beshnya jadi yuna kan...

Izreen said...

taw xpe...pergi sana sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...