Followers

Saturday, December 17, 2011

MLM : Adlin & Bawal Power Tersingkir


Minggu ketujuh program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung pada malam Jumaat di sini menyaksikan dua lagi penyingkiran dilakukan secara serentak iaitu kumpulan Bawal Power (BP) peserta solo tunggal, Adlin Aman Ramli tersingkir.
Penyingkiran kedua-dua peserta yang mendapat markah terendah sebanyak 55 peratus itu diumumkan oleh juri tetap, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Selain Adlin dan BP, kumpulan Pi Mai yang dianggotai oleh Imuda, Sulaiman Yassin (Mat Over) dan Sathiya turut berada dalam kedudukan tiga peserta yang mendapat markah terendah minggu ini.
Dalam pada itu, persembahan minggu ketujuh Osbon (72 peratus) diikuti rapat oleh Boboi (71 peratus) dan Saehu (61 peratus).
Manakala peserta lain iaitu Syok (58 peratus), Pi Mai, Adlin dan BP masing-masing 55 peratus.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...