Followers

Wednesday, December 28, 2011

Perkhidmatan Komuter lebih selesa mulai 2012







Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka menyediakan perkhidmatan komuter lebih baik dan selesa bagi pengguna di Lembah Klang apabila empat daripada 38 set tren enam gerabak (SCS) mula beroperasi Februari depan.


KTMB tidak berupaya untuk memendekkan waktu kekerapan perkhidmatan komuter kerana tidak mempunyai bilangan set tren yang mencukupi bagi menampung penggunaan.


KTMB akan meningkatkan keberkesanan operasi komuter dengan memendekkan waktu kekerapan perkhidmatan apabila mempunyai bilangan set tren yang mencukupi dengan ketibaan SCS tahun depan iaitu kekerapan perkhidmatan daripada 30 minit kepada hanya 15 minit pada waktu puncak.

1 comment:

ayuna ayuni.. said...

bagus la kalau macam gitu. sebab aku sangat takot naek dinasour ni sebenarnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...