Followers

Wednesday, January 18, 2012

CSI Miami lebih dramatik!







Siri penyiasatan hebat, CSI Miami musim ketujuh kini sedang bersiaran di Saluran Ceria Anda, NTV7 setiap Rabu jam 8.30 malam. Drama 24 episod ini diterbitkan, Jerry Bruckheimer, produksi yang menerbitkan beberapa filem popular seperti, Pirates of Caribbean, Armageddon dan Pearl Harbor.

Menerusi musim ketujuh ini, para penyiasat CSI: Miami masih meneruskan pencarian bukti dengan meletakkan diri mereka sebagai mangsa. Pastinya apa yang paling ditunggu dalam musim ini adalah tanda tanya penonton setelah Horatio ditembak. Pelbagai wajah yang pernah dan biasa dilihat sepanjang musim terdahulu bakal muncul dan menambahkan lagi konflik drama bersiri ini. Kehadiran Kyle semestinya sering mengundang masalah sama ada peribadi mahupun secara profesional. Sementara, Calleigh Duquesne (Emily Procter) yang mula rapat bersama Eric Delko’s (Adam Rodriguez) terpaksa menyelesaikan masalah hubungannya bersama Jake Berkeley.

Masalah juga semakin bertambah apabila Dr Tara Price (Megalyn Echikunwoke), pemeriksa perubatan baru kurang berpengalaman dan sering terburu-buru. Tambah menarik ialah kemunculan samseng Russia, pencurian yang melibatkan industri fesyen berprofil tinggi serta kes bunuh dengan kren setinggi 200 kaki pasti membuat penonton terpaku di hadapan kaca TV nanti.

1 comment:

Lulu Caldina said...

lama dah tunggu csi muncul dengan musim baru..

Terkini di Lulu-Pages...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...