Followers

Monday, May 20, 2013

MasterChef Selebriti: Enot Terselamat, Tiada Penyingkiran




Tiada penyingkiran berlaku pada episod penyingkiran MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2) malam tadi meskipun pada awalnya dilakukan gimik bahawa Enot akan tersingkir.

Keputusan itu sekaligus bakal menyaksikan kesemua 12 selebriti yang tinggal akan bersaing dalam Cabaran Sajian Luar hari ini.

Terdahulu, empat selebriti terpaksa bersaing dalam Ujian Sajian Pantas iaitu Syura, Radhi OAG, Celina dan Enot sendiri selepas sajian mereka pada hari Sabtu dalam Cabaran Cipta Rasa gagal memikat juri.

Salah seorang daripadanya tidak dinilai langsung tetapi memasuki Pusingan Penyingkiran disebabkan kesilapan yang telah dilakukan semalam iaitu Radhi. Tindakannya menggunakan nasi daripada Cat Farish adalah satu kesalahan dan juri memutuskan Radhi memasuki Pusingan Penyingkiran serta merta.

Sumber : murai

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...