Followers

Sunday, May 19, 2013

Shuib (Sepahtu) Rakam Proses Kelahiran Anak Kedua



Pelakon dan pelawak Shuib (Sepahtu) tidak berasa gentar apabila menyaksikan sendiri dan merakamkan proses kelahiran anak keduanya yang dilahirkan secara pembedahan di Hospital Ampang Puteri, Jumaat lalu.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 29, berkata, dia sangat gembira dapat menyaksikan sendiri anak yang diberi nama Dzahira Talita Zahra itu dilahirkan dan menemani isterinya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin di dalam bilik pembedahan.

"Dari anak pertama lagi saya nak masuk dan lihat sendiri bagaimana proses isteri melahirkan anak kami tetapi doktor tidak benarkan. Alhamdulillah kali ini doktor yang sama menyambut anak pertama dahulu membenarkan saya masuk ke dalam bilik pembedahan.
"Walaupun Sarah terpaksa melakukan pembedahan kerana saiz bayi yang agak besar saya sedikit pun tidak gentar untuk melihat dan merakamkan proses itu malah sangat bersyukur," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.
Sarah dan Shuib menyambut kelahiran anak kedua mereka tepat pada pukul 4.46 petang dan bayi yang seberat 3.6 kilogram itu berada di dalam keadaan sihat.
Sumber:  Mstar Online 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...