Followers

Saturday, June 1, 2013

Dengan Sekali Lafaz, Shajiry & Pasangan Sah Bergelar Suami Isteri

Pasangan yang juga merupakan rakan kongsi perniagaan, Shajiry Damery, 39 bersama calon pilihan, Yusnita Yusof, 38 selamat dinikahkah dengan sekali lafaz di Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara siang tadi.
Pasangan yang berkenalan selama 8 tahun dan mulai serius sejak setahun lalu ini dinikahkan sendiri oleh bapa saudara pihak perempuan iaitu Sahak Bin Mohamad sambil disaksikan oleh Imam Masjid Umar Al-Khattab dan pendaftar nikah Masjid Wilayah, Mohammad Syukri bin Yaaccob.
Majlis pernikahan di antara penyanyi yang pernah popular dengan laguHadirlah Kasih dan juga Orang Kita berlangsung di dalam suasana yang sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat bagi kedua-dua belah pihak serta sahabat handai dan juga rakan media.
Yusnita menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 berserta 10 dulang hantaran berbalas 11 dari dirinya dan wang hantaran sebanyak RM 15,000 yang terdiri daripada senaskah al-Quran, jam tangan berjenama Armani Exchange, beg bimbit Gucci dan juga kamera Samsung Galaxy.
Ditanya tentang faktor utama Shajiry memilih Yusnita sebagai teman hidupnya adalah kerana sifat lemah lembut dan keibuaan yang ada pada diri isterinya membuatkan Shajiry bertambah yakin calon yang menjadi pilihannya adalah yang terbaik.
Semoga Shajiry & pasangan bahagia hingga ke akhir hayat
Sumber: Rotikaya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...