Followers

Saturday, June 1, 2013

Lisa Surihani Reka 20 Baju Raya Untuk J Store


Sempena pembukaan butik flagship pertama pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie di Jalan Maarof Bangsar iaitu J Store, aktres terkemuka tanah air, Lisa Surihani telah diberi penghormatan untuk merealisasikan 20 persalinan sempena lebaran.
Koleksi yang dikenali sebagai Lisa Surihani for Jovian itu sangat istimewa lagi tersendiri, apabila aktres berkenaan telah berpeluang melahirkan persalinan mempersona untuk golongan wanita yang diinspirasikan daripada dirinya sendiri.
Bercakap kepada portal murai.com.my sempena majlis sidang media sempena pembukaan J Store dan memperkenalkan koleksi berkenaan, Lisa Surihani berkata dia cukup terharu apabila diberikan peluang keemasan berkenaan terutama sekali daripada pereka fesyen berbakat besar itu.
"Apabila Jovian datang bertemu saya dan mengusulkan cadangan untuk bekerjasama dengan saya, sangkaan saya dia hanya mahu saya menggayakan atau memperagakan pakaiannya untuk koleksi terbaru miliknya.
"Bagaimanapun saya amat berbesar hati dan terkejut kerana Jovian mahu saya melahirkan rekaan saya sendiri untuk dijadikan koleksi hari raya. Malah dia memberikan saya kebebasan untuk merealisasikannya idea rekaan saya itu bersama-sama dengannya," katanya.
Koleksi Lisa Surihani for Jovian mempamerkan hasil rekaan baju kurung moden, kurung kedah dan jubah moden yang diinspirasikan daripada personaliti serta karektor Lisa Surihani pada harga serendah RM300 sehingga RM500.
Lebih istimewa kerana setiap rekaan baju yang dihasilkan Lisa Surihani itu adalah inspirasi daripada gaya serta citarasa beberapa orang wanita yang dekat dalam hidupnya.

Sumber : Murai

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...