Followers

Saturday, June 1, 2013

Linda Hashim Lakukan Solat Taubat Dan Hajat Sebelum Jadi Isteri Beego

Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum pasangan Linda Hashim & Beego disatukan sebagai suami isteri dan nampaknya debaran semakin terasa kepada kedua dua selebriti ini.
Bercakap kepada mStar Online hari ini, Linda Hashim banyak melakukan solat sunat hajat dan taubat menjelang majlis perkahwinan mereka yang di’jadual pada 7 Jun hadapan sebagai persiapan diri.
“Sebagai manusia biasa kita banyak melakukan kesilapan dan kalau boleh perkara baik ini Allah akan memudahkannya,” jelas Linda Hashim yang bertunang dengan Beego pada 3 November 2012 lalu.
Majlis akad nikah pasangan pelakon ini akan diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju pada 7 Jun ini selepas solat Isyak.
Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan sehari selepas itu di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang dekat sini bermula pukul 8 malam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...