Followers

Saturday, June 1, 2013

Kumpulan Manifesto Juara Versus Musim Kedua


Kumpulan Manifesto berjaya merebut gelaran juara pertandingan Versus musim kedua yang diadakan secara langsung di Space U8, Shah Alam, malam Jumaat.
Manifesto telah mengalahkan kumpulan Kyoto Protocol menerusi pusingan battle sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM200,000.
"Alhamdulillah, kemenangan ini hasil daripada usaha kami yang tidak henti-henti sejak menyertai Versus dari minggu pertama," kata mereka.
Pada konsert terakhir itu, kesemua finalis bertanding dalam dua segmen iaitu 'mash-up' dan persembahan lagu baru.
Bagi pusingan 'mash-up' Manifesto membawakan lagu Biar Putih Tulang dan Bukan Cinta Biasa, Estranged (Aku Cinta Padamu dan Belaian Jiwa), Kristal (Awas dan Peronda Jaket Biru), Kyoto Protocol (Tiada Lagi Kidungmu dan Rindu) dan Oh Chentaku (Tamparan Wanita, Papa Jahat dan Seindah Biasa).
Manakala untuk lagu baru pula Manifesto menyampaikan lagu berjudul Manifesto, Estranged (Chill, Brader), Kristal (Persoalan), Kyoto Protocol (Jelita) dan Oh Chentaku (Seri puteh).
Bagaimanapun dua kumpulan iaitu, Manifesto dan Kyoto Protocol yang berjaya mendapat undia tertinggi pada malam itu perlu mempersembahkan sebuah lagu daripada kumpulan rock terkenal XPDC sebagai menentukan juara pada pertandingan malam itu.

Sumber : Mstar Online

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...